Berdasarkan dua ayat di bawah ini, ayat manakah yang paling tepat: 1. Degup jantungku berdebar 2. Denyut jantungku berdebar | Berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), "degup" bermaksud bunyi seperti bunyi denyutan jantung yang keras manakala "denyut" bermaksud gerakan kembang kempis atau debaran jantung. Justeru, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Makna | 22.07.2022 |
Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini? | Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya". | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Salam Keluarga Malaysia. Adakah frasa “denyut jantungku berdebar” mempunyai kesalahan dari aspek tatabahasa? Hal ini kerana berdasarkan pemahaman saya daripada rujukan definisi di DBP: BUNYI debaran jantung dirujuk sebagai degup. PERGERAKAN debaran jantung dirujuk sebagai denyut. Berdebar pula merujuk kepada pergerakan. | Frasa tersebut betul. | Makna | 24.07.2022 |
SOALAN Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai. Kalau mengikut penjelasan KAMUS DEWAN, GEMURUH 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting; ADAKAH BERGEMURUH betul dalam SOALAN di atas juga? ATAU BERGERUMUH hanya boleh membawa erti - berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; etiga-tiga jawapan pun betul? | Kata gemuruh membawa kedua-dua makna yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan salah satu maknanya dalam ayat adalah betul asalkan bersesuaian dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat: Pelajar tidak dapat meneruskan ucapannya kerana perasaannya "bergemuruh" / bercelaru / bergelora apabila melihat tetamu yang ramai, pasti yang dimaksudkan ialah makna kedua, iaitu berdebar-debar hati. | Tatabahasa | 10.07.2011 |
apakah beza antara guruh dengan gemuruh? | Guruh bermaksud bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar. Gemuruh bermaksud bunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. | Makna | 09.08.2017 |
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai? | 1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu? 2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering? 3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 05.06.2018 |
Tuan, adakah ayat-ayat di bawah ini gramatis? 1Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2Peperiksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam setengah di dewan kampung kami. 3Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan tentang perkara itu di balai polis. 4Kami sentiasa berdebar-debar menanti daripada sehari kepada sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. 5Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat pos-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6Mesyuarat itu memakan masa hampir dua setengah jam. 7Jalan itu masih lagi sedang diperbaiki setelah mengalami kerosakan sebagai akibat banjir 8Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9Kereta merah itu adalah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya. | Berikut disertakan cadangan penggunaan ayat yang gramatis: 1. Puan Sharifah risaukan anaknya yang masih belum pulang sejak semalam. 2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan selama dua jam 30 minit di dewan kampung kami. 3. Salim terjumpa dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalu melaporkan perkara itu di balai polis. 4. Kami berdebar-debar menanti dari sehari ke sehari menjelang peperiksaan sebenar yang bakal diadakan. 5. Dahulu penduduk kampung menyimpan wang di pejabat-pejabat pos yang berhampiran dengan rumah mereka. 6. Mesyuarat itu memakan masa hampir dua jam 30 minit.. 7. Jalan itu sedang diperbaik setelah mengalami kerosakan akibat banjir 8. Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang. 9. Kereta merah itu ialah hadiah daripada syarikat kepada Encik Yusuf kerana prestasinya yang cemerlang. 10. ”Cis, pantang aku mengalah!” kata Rahim kepada musuh ketatnya. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Apa beza hati dan jantung | Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu: hati n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling mahal dan mempunyai mutu yg paling baik. jantung n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung, atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu. | Makna | 24.08.2023 |
Tuan dan puan.Mohon penjelasan.Secara ringkas apakah perbezaan diantara perasaan gentar gementar dan gemuruh terima kasih | Maksud gementar ialah gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain). Contoh ayat: Jangan berasa gementar melihat kekuatan seteru. Gemuruh pula bermaksud 1. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya),2. agak gementar. Contoh ayat: Setiap pemain pasti berasa sedikit agak gementar apabila menentang lawan, terutamanya dalam kejohanan penting. Kedua-dua maksud hampir sama, cuma yang berbaza ialah gementar lebih kepada keadaan fizikal yang menggigil, manakala gemuruh lebih kepada perasaan. | Makna | 03.06.2015 |
Apakah perbezaan antara cemas, gemuruh dan gementar? Apakah maksud dalam Bahasa inggeris pula? Nervous, anxious? Ketiga-tiga perkataan mengelirukan saya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ketiga-tiganya mempunyai maksud yang berbeza, iaitu Cemas bermaksud 1. berasa takut dan risau (gelisah, bimbang), 2. cemas-cemas, hampirhampir terjadi sesuatu, 3. nyaris-nyaris. Gemuruh pula bermaksud 1. bergemuruh berbunyi seperti guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dan lain-lain), 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dan sebagainya), agak gementar. Manakala Gementar ialah gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dan lain-lain). Padanan terjemahan bagi Nervous ialah gementar. Manakala anxious ialah bimbang, risau, cemas, khuatir | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2021 |