Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : , beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beribu

Puisi
 

Beribu biji nangkaku,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(21)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan di bawa ini. Jawapan ribuan atau beribu-ribu betul jawapannya? Stadium itu dibanjiri oleh _________ penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. A. ribuan B. beribu C. beribu-ribu D. beribu-beribu Sekian, terima kasih. Vijay

Saudara,

Kedua-dua perkataan ribuan dan beribu-ribu boleh digunakan.

Tatabahasa26.02.2010
1. berjuta kali atau berjuta-juta kali ? 2. beribu orang atau beribu-ribu orang ? 3. setinggi tahniah atau setinggi-tinggi tahniah ?

1. Berjuta dan berjuta-juta sama maknanya, iaitu beberapa juta. Begitu juga dengan  beribu dan beribu-ribu.

3. Yang betul ialah setinggi-tinggi tahniah (setinggi bermaksud sama tinggi).

Tatabahasa16.09.2010
Encik, "beribu penduduk" atau "beribu-ribu penduduk" yang betul? Terima kasih.beribu-ribu pendudukLain-lain29.03.2009
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
'beribu-ribu orang rakyat' dengan 'beribu-ribu rakyat' antara dua tersebut yang manakah yang betul?Frasa yang baku ialah beribu-ribu rakyat.Tatabahasa07.05.2009
Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi. Adakah penggunaan ayat di atas betul atau salah?Ayat yang betul ialah “Beribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi” dan “Beribu-ribu orang berkunjung ke pameran sains dan teknologi”.Tatabahasa21.07.2024
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya kepada tuan tentan skalan tatabahasa. 1. Adakah beribu-ribu sama maksud dengan ribuan? contoh:beribu-ribu penonton = ribuan penonton. Adakah kedua-dua frasa ini betul? 2. Kedua-dua orang murid atau kedua-dua murid Frasa yang manakah adalah betul? Adakah kedua-dua perlu menambah penjodoh bilangan? 3. a. Hobi saya ialah membaca buku. b. Hobi saya adalah membaca buku. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan ? Terima kasih atas bantuan.

JAWAPAN 1
Beribu-ribu sama maksud dengan ribuan. Walau bagaimanapun, frasa yang tepat ialah "ribuan penonton." Jika frasa "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.

 

JAWAPAN 2
“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua orang murid” atau “kedua-dua murid” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang murid" lebih gramatis.

 

JAWAPAN 3 

Ayat yang betul ialah “Hobi saya membaca buku.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264.

Tatabahasa05.03.2024
Adakah kata bilangan ini betul? 1. Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium.Ayat "Beribu-ribu penyokong telah membanjiri stadium." adalah betul.Tatabahasa09.05.2012
Beribu kotak biskut disumbangkan kepada mangsa banjir kawasan itu. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat itu??Frasa yang betul ialah Beribu-ribu.Tatabahasa23.07.2013
Ribuan orang penonton atau ribuan penonton? Terima kasihFrasa yang tepat ialah ribuan penonton.  Jika "beribu-ribu" perlu ditambah penjodoh bilangan menjadi "beribu-ribu orang penonton.Tatabahasa05.08.2014
123

Kembali ke atas