hi. Penggunaan perkataan yang manakah betul. "Seperti yang berikut" atau "seperti berikut". Apakah alasan bagi perkataan yang betul tersebut. terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah “seperti yang berikut” kerana perkataan “seperti” merupakan kata sendi nama yang perlu diikuti dengan kata nama. Perkataan “yang” dalam frasa tersebut berfungsi sebagai kata nama. | Tatabahasa | 09.03.2022 |
Berikut adalah cubaan terjemahan saya daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu: Please inform our staff on-duty if you do not wish to measure your weight. Sila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat anda. Adakah terjemahan tersebut tepat? Terima kasih | Sila maklumi staf bertugas sekiranya anda tidak mahu menimbang berat. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2023 |
Berikut adalah ciri-ciri kompentensi usahawan KECUALI A Tidak berani menanggung risiko. B Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. C Membuat pembaharuan untuk keperluan pelanggan. D Aktiviti keuntungan dan sumbangan pada masyarakat dan negara. Tuan, adakah perkataan kecuali perlu dibesarkan semua hurufnya atau huruf kecil sahaja? dan Adakah jawapan di a,b,c, d perlu bermula dengan huruf kecil atau besar. Terima kasih. | - Penggunaan yang betul ialah ditulis dengan huruf kecil.
- Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
| Tatabahasa | 09.11.2021 |
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Antara berikut, yang manakah nombor perdana? 2. Antara yang berikut, yang manakah nombor perdana? 3. Antara nombor berikut, yang manakah nombor perdana? Mohon terangkan penggunaan kata hubung yang dalam suatu ayat. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Antara nombor yang berikut, yang mana satukah nombor perdana?” Kata Hubung tergolong di bawah kata tugas yang berfungsi sebagai penyambung ayat. Kata penyambung ayat ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), halaman 249 - 254. | Tatabahasa | 12.06.2025 |
Ketiga-tiga ayat ini yang manakah yang lebih tepat? Kira objek-objek yang berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul / Kira objek-objek berikut untuk dapatkan jawapan yang betul/ Kira objek-objek berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul. | Ayat yang betul ialah “Kira objek-objek berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul.” | Tatabahasa | 04.10.2021 |
Perlukah penggunaan tanda koma dalam ayat di bawah? Antara berikut, yang manakah benar? @ Antara berikut yang manakah benar? | Ayat yang betul: Antara yang berikut, manakah yang benar? | Lain-lain | 07.04.2021 |
Adakah ayat-ayat berikut berbeza maknanya, ataupun ada sebahagian daripada ayat-ayat berikut yang tidak masuk akal: (1) Saya suka saya. (2) Saya suka diri saya. (3) Saya suka diri saya sendiri. (4) Saya suka diri sendiri. (5) Saya sukakan saya. (6) Saya sukakan diri saya. (7) Saya sukakan diri saya sendiri. (8) Saya sukakan diri sendiri. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1) Saya suka akan saya. 2) Saya suka akan diri saya. 3) Saya suka akan diri saya sendiri. 4) Saya suka akan diri sendiri. 6) Saya menyukai diri saya. | Tatabahasa | 07.08.2022 |
Ayat manakah yang lebih gramatis? 1. Dengan ini, dikemukakan bersama-sama ini dokumen-dokumen seperti berikut. 2. Dengan ini, dikemukakan bersama ini dokumen-dokumen seperti berikut. | Ayat yang gramatis ialah: Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen seperti yang berikut: | Tatabahasa | 19.08.2022 |
berdasarkan berikut bolehkan anda kelaskan ia mengikut kategori, contohnya, peribahasa, bidalan, kata-kata mutiara@hikmah dan sebagainya: 1. Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan 2. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali 3. Masa itu emas 4. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat 5. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada katanya 6. Muafakat membawa berkat 7. Jangan takut berbagi ilmu, kerana semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita mendapat. - (Buya Hamka) 8. Bersatu teguh, bercerai roboh 9. Jauh perjalanan, luas pandangan 10. Sediakan payung sebelum hujan 11. Gemggam bara api biar sampai jadi arang 12. Ilmu tanpa amal , sia-sia- (Imam Al-Ghazali) Terima kasih daun keladi. >_< | Mohon maaf tuan, untuk makluman tuan soalan ini tidak berkaitan dengan makna peribahasa dan boleh dkategorikan berdasarkan rujukan yang dibuat berdasarkan buku-buku yang peribahasa. | Lain-lain | 04.03.2025 |
Assalamualaikum. Berikut ada beberapa ayat yang mengelirukan penggunaan “bawah” dan “di bawah”. Maka, yang manakah ayat yang betul? 1. Kanak-kanak berumur bawah lima tahun dilarang masuk atau Kanak-kanak berumur di bawah lima tahun dilarang masuk. 2. Negeri-negeri di bawah angin atau Negeri-negeri bawah angin. 3. Markahnya di bawah markah saya atau Markahnya bawah markah saya. 4. Di bawah taklukan Empayar Rom atau Bawah taklukan Empayar Rom. 5. Di bawah akta atau Bawah akta. 6. Di bawah pengaruh dadah atau Bawah pengaruh dadah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: - Kanak-kanak di bawah umur lima tahun dilarang masuk.
- Negeri-negeri bawah angin.
- Markahnya di bawah markah saya.
- Di bawah taklukan empayar Rom.
- Di bawah akta.
- Di bawah pengaruh dadah.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | Tatabahasa | 21.02.2025 |