Salam Sapaan bagi wanita yang belum berkahwin: Adakah boleh digunakan Cik? Terima kasih. | Dalam urusan rasmi, panggilan "puan" digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa. | Lain-lain | 11.09.2023 |
pengggunaan perkataan 'tuan' di dalam surat merujuk kepada lelaki sahaja atau umum? bagaimana kalau penerima surat perempuan sudah berkahwin atau belum berkahwin? | Dalam penulisan surat rasmi, tuan merujuk kepada lelaki dan puan merujuk wanita yang sudah berkahwin ataupun belum. | Tatabahasa | 07.11.2008 |
Kamus Dewan Perdana mengkelaskan "bakal" sebagai kata bantu yang bermaksud "akan" selain daripada kata nama. Adakah "dia bakal berkahwin tahun ini" ialah ayat yang gramatis? | 1. Ayat yang gramatis ialah "dia akan berkahwin tahun ini". 2. Fungsi kamus, khususnya Kamus Dewan Perdana (KDP) adalah untuk merakamkan makna bagi sesuatu kata yang terdapat dalam bahasa Melayu dan digunakan oleh masyarakat penuturnya. Sebagai contoh, kata "bakal" mempunyai makna "akan" (salah satu daripada empat pecahan maknanya) dalam penggunaan masyarakat/pengguna bahasa ini. Pemerian pelbagai makna melambangkan kearifan dan kebijaksanaan masyarakat penuturnya, dan bergantung kepada laras dan konteks penggunaan kata tersebut. Ada kalanya, penggunaan yang pelbagai ini tidak terkandung, belum atau tidak dirungkaikan dalam mana-mana rumus tatabahasa. | Makna | 06.06.2024 |
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih. | Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Saya ada dua soalan 1. Mana satukah antara kedua-dua ayat di bawah ini betul dan kenapa? a. Perkara di atas adalah dirujuk b. Perkara di atas dirujuk 2. Adakah sistem panggilan "puan"hanya layak bagi wanita yang telah berkahwin sahaja? Betul atau tidak jika saya mengatakan bahawa panggilan "puan" itu rasmi untuk semua wanita sama ada berkahwin mahupun tidak sementara panggilan "cik" kedudukannya sedikit rendah dari panggilan "puan" mengikut kedudukan mereka pada pandangan masyarakat. Sila tuan, beri penjelasan. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Perkara di atas dirujuk". 2. Dalam urusan rasmi panggilan "puan" yang digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa. | Tatabahasa | 03.03.2011 |
apakah perbezaan antara perkataan menikahi dan menikah | Dalam Kamus Dewan ada diterangkan tentang perbezaan kedua-dua kata terbitan itu, menikah bermaksud berkahwin atau bernikah: maka menikahlah Jaliah dgn Basir, manakala menikahi pula bermaksud berkahwin dengan atau mengahwini: ia tentu tak mahu menikahinya dan mengambilnya jadi isteri. | Makna | 10.02.2008 |
salam, saya ingin bertanya. yang manakah ayat yang betul? Justeru itu, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, setelah itu pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik atau Justeru itu, pihak kerajaan perlulah menyatakan prosedur-prosedur untuk diikuti bagi mendaftarkan kewarganegaraan bagi pihak wanita yang berkahwin dengan warga asing, kemudian pihak Jawatankuasa Antarabangsa akan menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik | Justeru, pihak kerajaan perlu menyatakan prosedur-prosedur yang harus diikuti untuk pendaftaran kewarganegaraan bagi wanita yang mahu berkahwin dengan warga asing. Jika/sekiranya pihak Jawatankuasa Antarabangsa tidak menghormati peruntukan tersebut maka reservasi boleh ditarik balik. | Ejaan | 03.04.2019 |
Bolehkah kami menyemak maksud dan definisi bumiputera? Adakah seseorang yang berbangsa Cina memeluk agama islam dan berkahwin dengan seorang Melayu dikira sebagai bumiputera? | 1. Sila rujuk takrifan Bumiputera dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif umum bagi bumiputera iaitu penduduk asal sesebuah negara, iaitu bukannya yang datang atau dibawa masuk dari negara lain, misalnya orang Melayu, orang Asli, orang Iban, orang Kadazan, orang Dayak dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. 2. Tidak. Seseorang yang berbangsa Cina walaupun memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang Melayu tetap berbangsa Cina, bukan Bumiputera. | Makna | 25.08.2023 |
tarikh berkhawin | Tarikh berkahwin? Soalan tidak jelas. | Tatabahasa | 29.12.2016 |
Tarikh berkhawin? | Tarikh berkahwin? Soalan tidak jelas. | Lain-lain | 29.12.2016 |