di atas / diatas Yang manakah penggunaan yang betul. Bersambung atau tidak bersambung? Contoh; Terima kasih di atas / diatas sumbangan saudara. Yang mana satu adalah betul.? | Salam sejahtera, 1. di atas 2. Terima kasih di atas sumbangan saudara" - dalam contoh ayat ini kata di perlu dibuang kerana di ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu yang betul ialah "Terima kasih atas sumbangan saudara" | Tatabahasa | 13.11.2012 |
Penggunaan perkataan "ku" dan "mu". Adakah ia sentiasa bersambung dengan perkataan sebelumnya dan selepasnya? Contohnya: kurasakan, kucintai dirimu, aku menyintaimu, kaulah gadis idamanku, akan kutempuhi. Bantuan pihak tuan/puan amat saya hargai. | Berdasarkan Kamus Dewan, 'ku' bersambung dengan perkataan sebelum atau selepasnya manakala 'mu' bersambung dengan perkataan sebelumnya. | Tatabahasa | 08.12.2006 |
Assalamualaikum, Kata singkatan sepatutnya dieja bersambung dengan perkataan yang mengikuti atau mendahuluinya. Contohnya, kau bagi engkau, mu bagi kamu dan ku bagi aku. Contoh ayat: padamu kubersujud. Kemusykilan saya ialah adakah penggunaan kata singkatan pada awal ayat juga dieja bersambung dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: Kautempat kumeminta. Bagaimanakah tulisan yang sepatutnya bagi frasa di atas? Kau tempatku meminta atau Kautempatku meminta atau Kau tempatku meminta? Terima kasih. | Kata singkatan dieja bersambung dengan perkataan yang mengikuti atau mendahuluinya. Penggunaan yang betul dalam ayat contoh yang diberikan ialah Kautempat kumeminta. | Tatabahasa | 14.12.2011 |
Pada pendapat saya "is connected to" dan "connect to" membawa maksud yang sama. Contoh yang saya jumpa dalam PRPM: "Kaedah yang memastikan komputer yang bersambung ke internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat." - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bersambung+ke+internet&d=226112LIHATSINI Jika ayat diubah menjadi "Kaedah yang memastikan komputer yang disambungkan kepada internet dapat mengsegmenkan paket data dan cara paket data ini dapat sampai ke destinasi dengan selamat", maknanya tetap sama. https://www.thoughtco.com/stative-verb-1692139 mengandungi petikan: In English grammar, a stative verb is a verb used primarily to describe a state of being (I am) or situation (I have). It's how something is, feels, or appears. These verbs don't show physical action (I run) or processes (It prints). Stative verbs can describe a mental or emotional state of being (I doubt) as well as a physical state (Kilroy was here). The situations illustrated by "state" verbs are unchanging while they last and can continue for a long or indefinite time period. Maka dengan contoh-contoh di atas dan huraian "state verb" (dan bukannya soal dyamic verbs yang melibatkan kata kerja aktif/pasif), bolehkan "is connected to" juga diterjemahkan sebagai "bersambung kepada", selain "disambungkan kepada"? Sekian, terima kasih? | Padanan bahasa melayu untuk "is connected to" ialah bersambung ke/bersambung kepada atau disambungkan ke/disambungkan kepada bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 05.08.2021 |
Adakah ayat di bawah betul? Jika salah, mengapa? 1) enjoy access to wi-fi - nikmati akses ke wi-fi 2) connect to wi-fi - bersambung ke wi-fi 3) to connect to the Internet - untuk bersambung ke Internet | Assalamualaikum tuan, Padanan ayat untuk Enjoy access to wi-fi ialah "Nikmati akses Wi-fi", connect to wi-fi merujuk kepada "Sambungan Wi-fi" dan to connect to the Internet merujuk kepada "Untuk Berhubung Melalui Internet" atau "Untuk Sambungan Internet".Padanan ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu yang sesuai mestilah mengikut konteks kesesuaian ayat. Untuk pengetahuan tuan, kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Justeru, Wi-fi dan Internet tidak tergolong dalam kata ini dan penggunaan kata sendi ke sebelumnya adalah kurang tepat. Sekian. Terima kasih. | Makna | 12.02.2018 |
Bagaimana cara menulis tanda baca pembuka dan penutup kata, bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan? T kasih. | Tanda petik digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan, cara penulisan adalah sama yakni perlu ada tanda petik di awal dan penutup kata seperti contoh yang diberikan di atas. | Ejaan | 02.08.2012 |
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!" | Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, apakah partikel "kah" itu harus selalu di tulis bersambung dengan perkataan Melayu atau kata nama khas sebelumnya. Umpamanya untuk contoh-contoh berikut: "Ya kah, apa dia kata begitu?" "Si Lehakah yang datang?" Atas penjelasannya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Salam hormat, Ahmad Shah | Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Partikel -lah, -kah dan -tah mesti ditulis bersambung dengan perkataan sebelumnya. Untuk maklumat lanjut , sila rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261. | Tatabahasa | 17.04.2020 |
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH | Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 13.04.2009 |
Di senarai pendekkan...adakah bersambung atau berasingan? | Ejaan yang betul ialah 'Disenarai pendek'. | Ejaan | 09.05.2008 |