Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih. | Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat. Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau. | Tatabahasa | 31.01.2011 |
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. | Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
sebelum terlupa, perkataan Persiaran ini paling sesuai digunakan di mana? samada jalan kawasan perumahan kelebaran 40' ataupun jalan-jalan utama kelebaran 66' dan ke atas. | DBP tidak mempunyai maklumat yang diperlukan . DBP hanya boleh memberikan maksud perkataan "persiaran" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, iaitu tempat (kawasan, jalan dan sebagainya) bersiar atau bersiar-siar. | Istilah | 14.10.2016 |
maksud bercengkerama | Saudara Fuad, Maksud perkataan bercengkerama ialah 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Makna | 16.06.2010 |
MANAKAH YANG LEBIH TEPAT UNTUK DIGUNAKAN: I. JALAN PERSIARAN ATAU JALAN PESIARAN 2. BAS PERSIARAN ATAU BAS PERSIARAN | Menurut Kamus Dewan, persiaran ialah hal atau perbuatan bersiar-siar. Jawapan yang betul dan tepat ialah Jalan Persiaran dan Bas Persiaran. | Ejaan | 25.09.2006 |
Assalamualaikum. Bolehkah berikan padanan yang sesuai bagi istilah "Hop-on hop-off"? Contoh: Tren yang berkonsepkan "hop-on hop-off". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk ho--on hop-off". Padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan untuk "hop-on hop-off" ialah bersiar-siar atau ronda-ronda. | Istilah | 25.12.2016 |
Assalamualaikum tuan. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan nombor 15 ini? Skema jawapan yang diberikan memberikan D. bas persiaran sebagai jawapan. Semoga pihak tuan dapat memberikan penjelasan. Terima kasih. | Skema jawapan yang diberikan adalah betul. Jawapan yang betul ialah bas persiaran. Menurut Kamus Pelajar, bas persiaran bermaksud bas untuk bersiar-siar atau untuk melancong. | Tatabahasa | 20.08.2014 |
adakah penggunaan nama jalan dengan menggabungkan perkataan Jalan Persiaran boleh diterima.? ataupun hanya perlu memilih salah satu sahaja. ini kerana perkataan Persiaran tiada maksud yang jelas ianya berkaitan dengan Jalan. | Dalam buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan terbitan DBP, persiaran bermaksud tempat atau jalan untuk bersiar-siar; dan jalan raya dalam kawasan perumahan. Pihak tuan hendaklah memilih salah satu sahaja, sama ada persiaran atau jalan dalam penamaan nama jalan. | Tatabahasa | 14.10.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "outing" yang merujuk kepada hari untuk penghuni asrama keluar pada setiap hujung minggu? TERIMA KASIH | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "outing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "outing" ialah bersiar-siar. | Istilah | 19.09.2013 |
Keluar atau ke luar? Saya agak bingung bila menggunakan perkataan ini. Dalam ayat berikut yang manakah betul? a) Sejak pemergian anaknya keluar negeri, ia termenung sahaja. b) Memohon keluar negeri c) Dia berjalan keluar melalui pintu belakang. soalan seterusnya bagaimana membezakan dan lain-lain (dll) dengan dan sebagainya (dsb). Saya ucapkan terima kasih atas keterangan yang akan diberi kelak. | Keluar dan ke luar dalah perkataan dalam bahasa Melayu dan kedua-duanya mempunyai perbezaan. Keluar ialah bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya:2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll):3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll). Manakala ke luar pula ialah ke sebelah luar. a) ke luar negeri b) ke luar negeri c) keluar melalui pintu belakang. Lain-lain itu maksudnya tidak sama. manakala sebagainya bermasud untuk, bagi 2. jadi, menjadi, selaku:; 3. bertindak spt, selaku: demikian pula, lebih-lebih lagi: a) lain-lain serupa (semacam) itu: b) sepatutnya:. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |