Ayat yang mana betul? 1. Para penonton bersorak-sorai.... 2. Para penonton bersorak.... 3. Penonton bersorak-sorai... Terima kasih. | Semua ayat di atas betul. | Tatabahasa | 07.01.2010 |
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih. | 1. Bengkel Perolehan Manuskrip 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah tolong jelaskan. (a)Para penonton bersorak apabila wisel berbunyi/dibunyikan dan pertandingan pun bermula. terima kasih | Para penonton bersorak apabila wisel dibunyikan dan pertandingan pun bermula. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Slm, Mohon bantuan untuk semak ayat di bawah : 1) Kami bersorak kepada/untuk pasukan bola sepak sekolah. 2)Memelihara ikan hiasan dapat menjadi aktiviti bermanfaat untuk mengisi pada waktu senggang. tq | 1) Kami bersorak untuk pasukan bola sepak sekolah. 2) Memelihara ikan hiasan dapat menjadi aktiviti bermanfaat untuk mengisi waktu senggang. | Tatabahasa | 06.08.2015 |
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan | 1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah). 2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah perbezaan kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga"? Bagaimanakah penggunaan yang betul bagi kedua-dua jenis kata ini? Saya menghadapi masalah untuk membina ayat bagi kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga". Terima kasih. | Perkataan hingga mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai kata sendi nama dan kata hubung. Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Contohnya, Mereka mengaji al-Quran hingga dinihari. Perkataan hingga yang berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat keterangan yang menghuraikan dengan lebih lanjut ayat induk. Ayat keterangan yang menggunakan kata hubung hingga dalam ayat keterangan akibat. Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Contohnya, Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
| Tatabahasa | 16.06.2016 |
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan? | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. 4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. 5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 11.09.2011 |