Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.kan] | برسوکن

Definisi : melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.kan] | برسوکن

Definisi : bergiat dlm sukan; melakukan atau menyertai akti­viti sukan: Dia sentiasa kelihatan sihat kerana sering ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka sudah mempelajari teknik bersukan dengan betul. pasifkan akan jadi Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul. atau Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka. yang mana satu betul? atau kedua2nya. tqKedua-dua ayat pasif tersebut betul, yang berbeza hanyalah ayat pertama meletakkan frasa keterangan di hujung ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari mereka dengan betul, manakala ayat kedua meletakkan frasa keterangan di tengah-tengah ayat; Teknik bersukan sudah dipelajari dengan betul oleh mereka.Tatabahasa14.04.2009
Aktiviiti bersukan /aktiviti sukan? Apakah perbeazannya dari segi semantik??Dari segi semantik sukan merujuk segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan, manakala bersukan bermaksud melakukan atau bergiat dalam sukan. Oleh itu frasa yang betul ialah aktiviti sukan, iaitu kegiatan yang berkaitan dengan sukan, manakala frasa "aktiviti bersukan" bermaksud aktiviti itu yang melakukan kegiatan sukan dan dari segi semantik adalah tidak tepat.Tatabahasa29.05.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan. b. Antara cara yang sya lakukan untuk memanfaatkan masa adalah dengan bersukan.
Jawapan yang lebih tepat ialah Ayat a. Antara cara yang saya lakukan untuk memanfaatkan masa ialah bersukan.
Tatabahasa01.09.2019
Salam, betulkan struktur ayat ini " Mereka gembira kita mahu bersukan bersama-sama mereka". Sekian terima kasih.Mereka gembira kerana kita mahu bersukan bersama-sama mereka.Tatabahasa15.04.2013
Tuan, saya ingin memastikan adakah soalan saya ini betul tatabahasanya. 1) Bermain sukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. 2) Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. dan, yang mana satukah yang lebih tepat? terima kasih.Ayat kedua Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa adalah betul.Tatabahasa29.06.2012
1)Sesetengah orang tidak berminat untuk bersukan dan beriadah. 2) Dua daripada pemain berjersi merah-kuning itu dibuang padang kerana melanggar peraturan permainan 3) Masing-masing pelajar yang tidak membuat sebarang latihan itu didenda oleh Puan Low. 4) Sesetengah pejabat swasta tidak dibuka pada hari Sabtu. 5)Satu perdua deretan rumah kedai itu musnah dijilat api. Munsyi, apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 1 - 5. haraplah tunjuk ajar daripada tuan . Terima kasih terlebih dahulu.Buang perkataan itu dalam ayat 2, 3 dan 5. Untuk membina ayat gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan dan lihat tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.Tatabahasa11.06.2012
Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya. 1) Adakah 'bersukan' dan 'bersenam' merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap? 2) Adakah 'melibatkan diri' dan 'memainkan peranan' dimasukkan dalam golongan kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja transitif? 3) Adakah 'atau', 'dan', 'yang', 'untuk', 'daripada', 'kepada' & 'akan' merupakan kata tugas? 4) Adakah perkataan 'profesional' merupakan kata adjektif? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiran yang disertakan. Terima kasih.Tatabahasa04.03.2019
Assalamualaikum, adakah ayat di bawah mempunyai nilai: 'JIKA MENANG DALAM BERSUKAN, KITA DAPAT MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH' Jawapan yang saya beri ialah menghargai jasa. keputusannya saya tidak tahu lagiSila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah untuk mengetahui jawapan yang tepat. Pangkalan data kami tidak membekalkan data khusus tentang teknik pembelajaran bagi tujuan peperiksaan. Aspek nilai terkandung dalam teknik peperiksaan kertas Bahasa Melayu.Lain-lain09.09.2015
1)Akmal menendang sekuat hati bola itu.2)Nisa menyuap dengan tertib makanan itu. 3)dengan bersukan , badan menjadi sihat. 4)Pak Mail memukul ular itu dengan sebatang kayu.Ayat pertama dan kedua salah kerana memisahkan kata kerja transitif dengan objeknya. Ayat kedua dan keempat betul kerana mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa10.03.2011
Assalamualaikum, Apakah padanan istilah yang sesuai untuk "tailored shorts' agar dapat dibezakan dengan seluar pendek yang digunakan untuk bersenam/bersukan? http://www.wisegeek.com/what-are-tailored-shorts.htm Terima kasih.Tiada maklumat berkaitan tailored short dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan tailored short diberikan padanan ‘seluar pendek ikut potongan’. Frasa ini merupakan perkataan umum, bukannya istilah.Makna24.05.2018
12

Kembali ke atas