| Kamus Dewan IV - lema *bersapa membawa maksud *keteguran (oleh hantu dan lain-lain), manakala *menyapa membawa maksud antara lainnya *mengur, Begitu juga *bertegur sapa membawa maksud *saling menyapa, dan *menegur sapa pula membawa maksud *menyapa. Persoalannya kenapa tiada lema *bersapa yang memberi maksud *bertegur, sedangkan dalam pantun Kurik Kundi Merah Saga memberi erti *betegur seperti pantun berikut: Sayang kelapa buahnya masak, batangnya condong ke pokok manggaa; merajukkan sayang bersapa tidak, sepanjang malam saya berduka. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, makna bagi bersapa dalam Kamus Dewan dimasukkan berdasarkan data korpus penggunaan masyarakat ketika itu dan sebelumnya. Makna bersapa yang membawa maksud bertegur dengan seseorang untuk mengajaknya bercakap-cakap telah dimasukkan dalam kamus yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana yang diterbitkan pada tahun 2020. Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my | Makna | 14.12.2025 |
| assalamualaikum dan salam 2 Malaysia..sy mempunyai 1 pertanyaan berkenaan ayat berikut.. 1. Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang fasih / petah bercerita itu.(apakah jawapan paling tepat) 2. kita mestilah beramah mesra seperti Elena dan IZza menghampiri Ayuni dan bertegur sapa dengannya.. persoalannya.. mn yg betul..ramah mesra / beramah mesra? atau kedua2 boleh terima.. | Salam, 1. Ayat yang betul ialah "Para penonton kagum melihat murid prasekolah yang petah bercerita itu". 2. Ayat kedua pula strukturnya tidak begitu tepat. Sehubungan dengan itu dicadangkan supaya diolah kembali "Kita mestilah bersikap seperti Elena dan Izza yang sentiasa bertegur sapa dan beramah mesra dengan Ayuni. | Tatabahasa | 14.08.2015 |