Tuan / Puan, Betulkah contoh ayat yang berikut: 1. Rumah itu sangat besar sekali. 2.Rumah itu sungguh besar sekali. 3. Rumah itu amat besar sekali. | 1. Rumah itu sangat besar sekali. 2. Rumah itu sungguh besar sekali. 3. Rumah itu amat besar sekali. Ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244. | Tatabahasa | 22.04.2016 |
Sangat besar sekali, amat besar sekali, sungguh besar sekali, agak besar sekali, frasa-frasa adjektif tersebut betul? | Frasa adjektif yang betul ialah: · Sangat besar · Besar sekali · Amat besar · Agak besar · Sungguh besar · Besar sungguh Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 259-260. | Tatabahasa | 28.10.2024 |
Selamat pagi, Adakah “paling besar sekali" betul? Bilakah kata penguat “sekali” boleh digunakan? Adakah kata penguat sekali boleh hadir bersama dengan kata penguat yang lain? Sebagai contoh, “sungguh indah sekali”, “tercantik sekali” dan sebagainya. Terima kasih | Yang betulnya ialah paling besar, sungguh indah sekali. tercantik. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Anak saya akan mengambil PMR pada oct ini, tetapi dia masih keliru dengan tatabahasa seperti berikut: 1. sungguh amat cantik sungguh kurang sopan terlalu amat kencang Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan? 2. amat nyaring betul amat sukar sekali sungguh indah nian sungguh besar sekali sungguh kuat benar Bolehkah kata penguat digunakan secara beriringan di depan/ belakang? 3. (i) Ali dianugerahi pingat oleh sultan (ii) Ali dianugerahkan sultan pingat (iii) pingat dianugerahkan oleh sultan kepada Ali Adakah ayat (i) , (ii) (iii) semuanya betul? Mana yang salah. Harap tuan dapat menolong saya. Sekian terima kasih | 1. Contoh yang diberikan adalah salah. Yang betul: Sungguh cantik, amat cantik, teramat cantik, terlalu kencang, amat kencang, teramat kencang. 2. Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. 3. Ketiga-tiga jawapan adalah betul. | Lain-lain | 01.10.2009 |
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu. | Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik iii. paling + kata adjektif : paling lazat, paling pandai iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali, Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada penggunaan frasa di bawah betul: 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik | 1) terlalu cantik sekali 2) agak cantik sekali 3) begitu cantik sekali 4) terlalu amat cantik 5) tersangat besar 6) sungguh amat cantik Jawapan: 1. sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat. 2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai. 3. Terlalu cantik sekali - salah ( darjah penghabisan tidak boleh hadir bersama) | Tatabahasa | 10.04.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan: yang mana satu betul di bawah: 1. Guru besar-guru besar atau guru-guru besar? (Harapkan berikan contoh lain) 2. bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris? 3. adakah kata penguat hadapan ,belakang atau bebas dapat digunakan bersama untuk kata adjektif yang sama contohnya: sungguh cantik nian 4. proJapan atau pro-Japan ? | Salam sejahtera, 1. Jawapan yang betul bagi perkataan tersebut ialah guru-guru besar. Contoh lain ialah guru-guru pelawat, beberapa orang peminat, para petugas dan sebagainya. 2. Jawapan yang betul ialah bahasa Inggeris. 3. Amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas yang boleh diikuti oleh “sekali”. “Paling”, “ter-“ dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Oleh itu, “sungguh cantik nian” adalah betul kerana “sungguh” ialah kata penguat bebas dan “ nian” ialah kata penguat belakang. “Paling cantik sekali” adalah salah kerana bentuk lewah iaitu kedua-dua “paling” dan “sekali” ialah penanda darjah tertinggi. Contoh lain yang betul penggunaannya ialah "amat indah nian". 4. Jawapan yang betul ialah pro-Japan. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Apakah maksud kata ganda lebar-lebar? | Makna lebar-lebar berserta ayat contoh dalam Kamus Dewan Perdana (2020): lebar-lebar adv (membuka mata, mulut, pintu dll) dgn luas atau besar sekali: Dia membuka matanya lebar-lebar sambil menikmati keindahan alam.Semua tingkap dibuka lebar-lebar dan terasa angin nyaman menerjah masuk. | Makna | 23.04.2023 |
Mengapakah teori "letupan besar" (big bang) tidak diberi huruf besar pada huruf "l" dan "b"? Bukankah teori ini nama khas, dan peristiwa "letupan besar" hanya berlaku sekali sahaja? Terima kasih. | Benar, dalam pangkalan data kami teori letupan besar dieja dengan huruf kecil. Walau bagaimanpun apabila merujuk khusus kepada teori Letupan Besar boleh dieja dengan huruf besar dan kami menganggapnya sebagai gaya penerbitan sesebuah organisasi. Dan ejaan tersebut harus tekal dalam keseluruhan wacana. | Ejaan | 13.03.2012 |
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak. 4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |