saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih | 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim) 2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya. 4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga. | Tatabahasa | 29.01.2010 |
Salam Yang mana satu betul tulisan bismillah rumi ini? Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani/ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, makna bismillahirahmanirrahim ditulis seperti yang berikut: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. | Ejaan | 09.12.2021 |
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan yang berasal dari Arab diklasikikasikan dengan kependekan Ar., seperti "bismillah" dan "insya-Allah". Pada masa yang sama, kedua perkataan ini tidak mempunyai sebarang kependekan jika merujuk melalui tab kamus pelajar edisi kedua. Bagi perkataan "assalamualaikum" pula, terdapat tab pertama di mana ianya diberikan kependekan Ar, dan tab kedua yang tidak mengandungi apa-apa kependekan. Soalan saya: mengapakah terdapat perbezaan di dalam klasifikasi Ar pada sesetengah perkataan Arab? Saya ada sertakan lampiran sebagai panduan. | Kamus Pelajar tidak meletakkan asal kata pada setiap entrinya. Kamus Pelajar memfokuskan penggunaan kata yang persis untuk rujukan pelajar. Untuk maklumat yang lebih lagi seperti asal kata dan peluasan makna perlulah merujuk Kamus Dewan atau yang terkini Kamus Dewan Perdana (hanya salinan keras disediakan buat masa ini). | Lain-lain | 01.01.2021 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |
SIHAT WAL AFIAT Khidmat Nasihat DBP pada 09/08/07 mentakrifkan ejaan “yang betul ialah walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Ejaan. Kemudian Khidmat Nasihat DBP pada 04/07/2013 mentakrifkan ejaan yang betul ialah “wal afiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Tatabahasa. Akhirnya, pada 03/08/22 Khidmat Nasihat DBP mentakrifkan pula “Ejaan yang betul ialah “walafiat” sebagai jawapan kepada soalan kategori Lain-Lain. Jika “wa” dalam bahasa Arab bermaksud “dan”, adakah perkataan “dan” dieja bersambung dengan perkataan “afiat” sebagai “walaifat” (danafiat)? Definisi daftar kemasukan “afiat”: 1. pulih, sihat; sihat dan ~ (afiat) = sihat wal afiat ~ sihat (tidak uzur). Bagaimanapun, lain pula halnya pada perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah – yang dieja berasingan “Wal Jamaah” daripada Wa al-Jamaah – “Dan Jamaah” . Mohon pencerahan. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), ejaan bagi kedua-dua frasa ini ialah Ahli Sunah Waljamaah dan sihat wal afiat. Wa atau wal ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud dan, lazimnya dieja rapat dengan perkataan yang bergabung dengannya, sama juga halnya dengan kata bismillah, assalamualaikum dan waalaikumussalam. Walau bagaimanapun, jika mengikut kaedah transliterasi, lazimnya dieja terpisah.
| Ejaan | 27.04.2023 |