SAYA INGIN MENAMAKAN SEBUAH PROGRAM. MANAKAH YANG TEPAT? - SANTAI BOLING ATAU BOLING SANTAI? STK | Permainan Boling Santai, iaitu permainan boling secara santai. | Tatabahasa | 23.10.2017 |
Adakah istilah Tenpin Boling, betul bagi menggambarkan permainan boling? | Istilah yang betul bagi Tenpin Boling ialah Boling Sepuluh Pin | Istilah | 22.01.2019 |
Gramatis tak ayat : " Khairuddin baru pertama kali menyertai acara boling padang." | Ayat tersebut betul/gramatis. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELUR | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 22.01.2015 |
Kenapa ada akhbar harian berbahasa Melayu masih menggunakan perkataan yang dieja salah seperti atlit (sepatutnya atlet ), bowling ( boling), stokin ( stoking ) dan lain-lain ? Para wartawan juga kerap menggunakan perkataan 'dan' pada awal ayat. Apakah komen dan tindakan DBP dalam hal ini? | Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan pemantauan terhadap penerbitan akhbar-akhbar dan majalah-majalah dan kami akui masih terdapat kesilapan baik dari segi ejaan ataupun tatabahasa dalam artikel sesetengah penerbitan. DBP telah mengeluarkan surat teguran kepada pihak penerbitan yang berkenaan. | Lain-lain | 29.11.2009 |