Maad, saya ingin bertanya. Perkataan "Putera Bongsu" atau "putera bongsu"? Yang manakah lebih tepat untuk ditulis sekiranya ditujukan untuk anak raja? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk merujuk kepada putera raja yang bongsu, ia ditulis sebagai "putera bongsu". | Ejaan | 14.10.2020 |
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar? | Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'. | Ejaan | 30.03.2011 |
Salam sejahtera, Adakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam. (Adakah kata penguat amat dan terlalu boleh hadir serentak?) 2. Kakak memasukkan beberapa biji ais ke dalam minumannya. (Adakah penjodoh bilangan bagi ais ialah biji?) Sekian, terima kasih. | Ayat Rambut Ani, adik bongsu Ana terlalu amat hitam tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah ... teramat hitam atau ... amat hitam sekali. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |
Berdasarkan Tatabahasa Dewan bahagian 9.2.3.9 Kata Adverba, contoh ayat 417. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang. Mengapakah frasa 'besar panjang' tidak dikategorikan sebagai frasa adjektif binaan dua perkataan, sebaliknya hanya 'besar' dikatakan kata inti dan 'panjang' dikatakan sebagai kata adverba? | Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara, iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba menerangkan lebih kepada keadaan. | Tatabahasa | 18.06.2020 |
ICerpen "Hajat Ibu"dihasilkan olehnya. IISurat perjanjian itu telah beliau tandatangani. IIIBerhati-hati mendaki Bukit Gerun adik bongsu saya. IVJambangan bunga ini akan kami hadiahkan kepada Cikgu Yeo bersempena dengan Hari Guru. Pilihkan ayat-ayat yang betul Jawapan ialah ? | Ayat yang betul ialah ayat I, II dan IV. Sila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah anda atau buku-buku yang berkaitan dengan tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 03.08.2022 |
Apakah turutan nama gelaran untuk adik beradik didalam keluarga? Sulong, Angah, Uda..... dan seterusnya sehingga ke yang Bongsu. Adakah turutan ini berlainan dari negeri ke negeri? Apa bezanyas sekiranya ada 9 adik beradik dan 13 adik beradik? | Gelaran yang biasa digunakan ialah along, angah, uda, alang,andak, tam, teh, cik dan cu. Gelaran ini berbeza mengikut negeri. Pada kebiasaan hanya gelaran ini digunakan. Sekiranya lebih bergantung pada keluarga berkenaan. Mungkin saudara boleh cuba menghubungi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan tentang perkara ini. | Lain-lain | 06.05.2008 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
Bilakah yang sesuai menggunakan istilah 'mempersuami'. 'memperisteri', 'memperisterikan' dan 'memperisterikan'? | Mempersuami/memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu suami/isteri.Cth. Puteri bongsu mempersuami pahlawan yang gagah itu. Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang. Cth. pak tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. | Tatabahasa | 05.03.2008 |
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Mohon tanya sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan) 1)Apabila ayah pulang sahaja dari pejabat, adik bongsu kami segera mendapatkannya. 2)Beberapa orang askar yang belot terhadap kerajaan akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi. 3)Jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan feri di Pulau Tioman baru-baru ini tidak terkira ramainya. Atas kerjasama tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekia, terima kasih. Terima kasih. Izani b. Hj. Daud | Penggunaan kata sendi nama dalam ayat pertama dan kedua kurang tepat, manakala penggunaan kata sendi nama dalam ayat ketiga adalah tepat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |