Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ (over) with (joy, anger, etc ), meluap-luap: Asmah was bubbling over with enthusiasm, keghairahan Asmah meluap-luap. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ over, membuak, meruap: the porridge is bubbling over, bubur itu membuak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. form bubbles, berbuih, berbusa; (of boiling liquid) menggelegak, mendidih: the Coke ~d as I poured it into the glass, minuman Coke itu berbuih apabila saya menuangnya ke dlm gelas; the soup was bubbling on the stove, sup itu sedang menggelegak di atas dapur; 2. flow, move with a gurgling sound, membobok, membuak, membual, menggelobok: the water ~d through the sand, air itu membobok dr dlm pasir; the sound of a fountain bubbling in the distance, bunyi pancutan air membobok di kejauhan; gases bubbling from the mud, gas-gas yg membuak dr dlm lumpur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. ball of liquid containing gas or air, gelembung, buih: soap ~s, /buih, gelembung/ sabun; blow ~s, meniup /buih, gelembung/ sabun; 2. air-filled cavity in liquid or solid, gelembung; (in carbonated drinks and certain wines) buih, busa: the glass is flawed by small ~s, kaca itu dicacati gelembung-gelembung kecil; ~s rising in champagne, buih-buih yg naik dlm champagne; 3. unrealized hope, dream, impian: his ~ has burst, impiannya telah musnah; 4. undependable scheme, rancangan yg goyah: the South Sea ~, rancangan Laut Selatan yg goyah; 5. sound of bubble, bunyi gelegak: we could hear the ~ of the kettle, kami dapat mendengar bunyi gelegak dr cerek itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bubble


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bubble Gum flavour boleh diterjemahkan kepada "perisa Bubble Gum"? Adakah bahasa melayu untuk "Bubble Gum". Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bagi istilah bubble gum flavour dalam bahasa Melayu ialah perisa gula getah. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah22.02.2024
Tepatkah "travel bubble" diterjemahkan sebagai "gelembung perjalanan"? Nota: Istilah "travel bubble" ini sangat popular pada zaman COVID-19 ini.Untuk makluman, belum ada padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan travel bubble. Walau bagaimanapun, cadangan kami travel bubble diterjemahkan kepada gelembung perjalanan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaanya.Lain-lain12.11.2020
Apakah isitlah yang tepat bagi ‘bubble tea’ dan ‘milkshake’?Istilah yang sesuai bagi "milk shake" ialah susu kocak. 
Manakala untuk "bubble tea" pula, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih atau teh bebola hitam kenyal.
Lain-lain21.03.2021
Apakah maksud "bubble" untuk ayat "We do not track or bubble you!"?Untuk makluman saudara Khidmat nasihat bahasa hanya menjawab soalan bahasa Melayu sahaja dan bukan bahasa lain.  Soalan terjemahan boleh diajukan kepada Institut Terjemahan Negara.  Terima kasih.Makna21.05.2014
Terjemahan thought bubble dalam bahasa Melayu.Tidak ada padanan thought bubble dalam sumber rujukan kami.Istilah14.07.2011
salam, apakah terjemahan bagi 'Bubble wrap'? terima kasihPadanan istilah dalam bahasa Melayu bagi bubble wrap ialah pembungkus gelembung/pembalut gelembung.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.11.2021
Salam Sejahtera. Mohon tanya mcm mana translate "Bubble Gum" fragrance in BM ? Is "beraroma bubble gum" or beraroma gula-gula berletup"?

Cadangan yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai ialah “beraroma gula-gula getah”.

Istilah25.03.2024
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "bubble tea" ke dalam Bahasa Melayu? https://en.wikipedia.org/wiki/Bubble_teaUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih.Ejaan04.06.2013
Diminta DBP memberi padanan istilah 'boba' iaitu sejenis makanan kenyal berbentuk mutiara diperbuat ubi kayu dan dicampur dalam minuman 'bubble tea' (minta padanan untuk bubble tea juga jika ada, ataupun teh mutiara memadai kerana itu yang digunakan wikipedia bahasa indonesia?).Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan21.09.2018
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih.DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan  yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan.Istilah07.03.2016
12

Kembali ke atas