Bolehkah tuan huraikan makna Bumiputra yang merujuk kepada kerakyatan sesorang, berdasarkan istilah DBP? | Ejaan yang betul ialah bumiputera yang bermaksud anak negeri atau peribumi. | Makna | 16.01.2008 |
Salam, Saya dari Koperasi Percetakan Bumiputra Malaysia berhad melampirkan fail untuk pihak tuan mengesahkan ejaan yang terdapat di fail tersebut. Ia adalah untuk mendapatkan lesen iklan papan tanda premis. Sekian Terima Kasih | Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. | Lain-lain | 25.07.2011 |
Saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan 'BUMIPUTRA'. | Ejaan yang betulnya ialah 'bumiputera'. Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Harap maklum. | Makna | 19.02.2008 |