Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.kul] | چڠکول

Definisi : alat utk memecahkan (menggemburkan dll) tanah, pacul: ~ burung Ph linggis (ala­bangka); menjual tangkai ~ sekah prb men­ceritakan (membualkan) hal yg tidak ada ke­benarannya; mencangkul 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki mem­bolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.kul] | چڠکول

Definisi : alat utk menggemburkan atau utk memecahkan tanah (matanya dibuat drpd besi pipih dan diberi bertangkai). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cangkul

Puisi
 

Orang barat bermain pedang,
     Mana nak sama batang cangkul;
Mana berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Untuk bajak kait,
     untuk cangkul unjur.

Bermaksud :

Serba tanggung. kait = bengkok, lentuk hujungnya; unjur = terentang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai.Lain-lain01.05.2007
Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan untuk skop dan cangkul? Terima kasih.

Penjodoh bilangan untuk skop dan cangkul ialah batang (sebatang skop, sebatang cangkul).

Tatabahasa04.09.2019
Jika menggunakan cangkul membuat lubang di tanah ? Apakah kata kerja yang betul digunakan? menggali,mengorek atau mencangkul? Terima kasihKetiga-tiganya betul.Tatabahasa13.07.2010
Encik Lim mencangkul dengan sebatang cangkul. Ayat ini betul?Encik Lim mencangkul tanah dengan sebatang cangkul.Tatabahasa10.11.2014
apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi: 1.tukul 2.CangkulPenjodoh bilangan yang sesuai untuk cangkul dan tukul ialah batang.Tatabahasa29.04.2012
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku...1. sebatang cangkul, sebatang jarum.

2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. 

Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll).  tali atau benang. 

Buku pula penjodoh bilangan  untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang.


Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang.
Tatabahasa10.08.2014
Terima kasih atas jawan sdr. Apakah penjodoh bilangan utk topi, cangkul, telefon bimbit, dan pinggan? biji atau buah?TQPenjodoh bilangan bagi topi, telefon bimbit dan pinggan ialah buah manakala bagi cangkul ialah batang.Tatabahasa07.12.2007
Perkataan ulu dan hulu adakah boleh digunakan untuk kepada keris , pisau, cangkul dan seumpamanya. Contoh: _____ keris itu dibuat daripada perak. a. hulu b ulu Apakah pilihan jawapan yang tepat ?Jawapan yang betul ialah hulu, rujuk makna keempat hulu, iaitu tangkai atau pemegang bagi pisau, keris, cangkul, dan sebagainya.Tatabahasa27.04.2010
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan.Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan.Tatabahasa26.08.2010
1)Lina menanam( sawi / sayur sawi) di kebun. 2)Datuk mencangkul tanah (menggunakan cangkul).Adakah ayat ini betul? 3)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul?

Selamat petang:
1. Lina menanam sayur sawi di kebun.
2. Datuk mencangkul tanah.
3. Nenek memetik kacang panjang.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa19.10.2016
12

Kembali ke atas