Mohon pengesahan yang berikut : - Perkataan yang betul dan tepat iaitu : Canseleri atau Canselori? | Kamus Dewan merakamkan perkataan canseleri, iaitu pejabat canselor. Hal ini pernah dibincangkan pada tahun lepas antara perkataan canseleri dan canselori. Setelah diperhalusi perkataan Canselori diterima dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu. | Istilah | 14.07.2014 |
Istilah Canseleri | kamus DBP merakamkan kata canseleri, iaitu pejabat canselor atau bangunan pejabat canselor. amalan di UM tu betul dah. Isu yang timbul jika ada canselor mengapa tidak pejabatnya canselor? Apabila diperhalusi kami menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasakan kepada pembentukan kata Canselor. jika Chanceller diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Kata Chancellory dan Chancellery dianggap varian dalam bahasa Inggeris. Varian yang dianggap lebih baku ialah "chancellery". Dengan demikian padanan bahasa melayu yang diterima sebagai baku ialah 'Canseleri'. kedua-dua perkataan tersebut mematuhi Pedoman Umum pembetukan Istilah dan juga Pedoman Umum Ejaan Rumi. Bahasa kita kan dinamik, pendapat baru boleh kita terima asal ada kewajarannya. | Tatabahasa | 17.07.2014 |
Mana takrifan yang betul : Bangunan Canseleri atau Bangunan Canselori | Kamus Dewan merakamkan perkataan canseleri yang bermaksud pejabat canselor. Apabila diperhalusi perkataan Canselori juga ada kewajarannya untuk diterima dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori dan Canseleri juga merupakan varian dalam bahasa Melayu. | Istilah | 30.04.2015 |
Salam. Mohon bertanya tentang penggunaan perkataan Canseleri dan Canselori untuk penamaan bangunan di universiti. Ini kerana setahu saya istilah yang betul ialah Bangunan Canseleri yang menempatkan pejabat Canselor. Ada ke perkataan dan boleh tak digunakan Bangunan Canselori? Setahu saya Canselor ialah nama jawatan dan tidak ada perkataan di dalam kamus Dewan sekali pun tentang perkataan Canselori. Boleh ke ditambah perkataan 'i' untuk Canselori dari segi hukum bahasa? Harap mendapat maklum balas segera. Terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP pernah menerima pertanyaan dan permohonan daripada Universiti Malaysia Terengganu tentang penggunaan perkataan Canselori. DBP menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu. | Istilah | 31.01.2013 |
perbezaan antara canseleri dan canselori | Kedua-dua perkataan tersebut adalah sama maknanya dan kedua-duanya betul. Masing-masing merupakan padanan bagi perkataan Inggeris "chancellery" dan "chansellory". Varian yang dianggap lebih baku ialah "chancellery". Dengan demikian padanan bahasa Melayu yang diterima sebagai baku ialah 'Canseleri'. Kedua-da perkataan tersebut mematuhi Pedoman Umum Pembentukan Istilah dan juga Pedoman Umum Ejaan Rumi. | Ejaan | 22.04.2009 |
chancery/chancellery | canseleri/pejabat kedutaan | Istilah | 06.06.2007 |
chancery place (Kedutaan Besar) (office chancery) | canseri (legal) Pejabat Kedutaan Besar/canseleri | Lain-lain | 21.05.2007 |