Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ for, a. look after, menjaga: to be ~d for by relatives, dijaga oleh saudara-mara; b. feel affection for, sayang akan, menyayangi: do you really ~ for him?, adakah kamu benar-benar menyayanginya?; c. be interested in, mengambil berat: to ~ for their well-being, mengambil berat ttg kebajikan mereka; d. like,<.i> suka akan: I do not ~ for such talk, saya tdk suka akan percakapan spt itu; e. like to have, mahu: would you ~ for a piece of cake?, (kamu) mahu sepotong kek?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vi 1. (often with negative) be concerned or bothered (about) menghiraukan, mempedulikan: we should not always ~ about what others think of us, kita tdk seharusnya sentiasa menghiraukan pandangan orang lain thdp kita; for all I ~, I couldn’t ~ less, who ~s, (colloq) peduli apa, saya tak peduli; 2. be interested in, mengambil berat: he ~s more about his business than his family, dia lebih mengambil berat ttg perniagaannya drpd keluarganya; 3. feel affection for, sayang: he may not show it but he really ~s, dia mungkin tdk menunjukkannya tetapi dia benar-benar sayang; 4. want, mahu: would you ~ to come along?, mahukah kamu ikut sama?; 5. like, suka: I don’t ~ to be seen in his company, saya tdk suka dilihat bersamanya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ of, di alamat; have a ~, (old-fashioned) hati-hatilah, jaga-jaga; /in, under/ /the ~ of so., so’s ~/, di bawah /jagaan, penjagaan/ sso; take ~, berhati-hati, berjaga-jaga, bercermat-cermat; take ~ of, a. see to, mengurus: my secretary will take ~ of the travelling arrangements, setiausaha saya akan mengurus segala hal ttg perjalanan; b. look after, menjaga: she is old enough to take ~ of herself, dia sudah cukup dewasa utk menjaga dirinya (sendiri); with ~, dgn /hati-hati, cermat, teliti/; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. trouble, anxiety, kerunsingan: a life full of ~, hidup yg penuh dgn kerunsingan; 2. responsibility, tanggungjawab: the ~s of state weighed heavily on him, tanggungjawab thdp negara begitu berat membebaninya; 3. concern, perhatian berat: the ~ with which she looked after her sick husband, perhatian berat yg diberikan kpd suaminya yg sakit; 4. attention, heed, ketelitian, teliti, berhati-hati, cermat: your work needs more ~, kerja kamu perlu dibuat dgn lebih teliti; 5. charge, supervision, jagaan: parental ~, jagaan ibu bapa; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata care


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan kepada Bahasa Melayu berkaitan dengan nama kursus di bawah: 1. Advanced Diploma in Health Care Management 2. Advanced Diploma in Intensive Care 3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care 4. Advanced Diploma in Emergency Care Terima Kasih

1. Advanced Diploma in Health Care Management = Diploma Lanjutan Pengurusan Penjagaan Kesihatan

2. Advanced Diploma in Intensive Care = Diploma Lanjutan Rawatan Rapi

3. Advanced Diploma in Cardiovascular Health Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Kardiovaskular

4. Advanced Diploma in Emergency Care = Diploma Lanjutan Penjagaan Kecemasan

Penyemakan dan penterjemahan05.11.2014
Perlukan alih bahasa PRE-HOSPITAL CAREBerdasarkan rekod kami, istilah bahasa Melayu dalam bidang perubatan untuk post-hospital care ialah jagaan selepas hospital. Oleh itu, cadangan pre-hospital care dalam bahasa Melayu ialah jagaan sebelum hospital.Istilah14.04.2017
Terima Kasih. Saya ingin menggunakan perkataan Asia Care atas signboard. Boleh tak saya menggunakan Bahasa Inggeris, Asia Care Cafe? Adakah pengesahan tersebut wajib untuk memohon lesen perniagaan dari MPSJ/DBKL? Sekian Sahaja, terima kasih.Untuk mendapat pengesahan DBP, perkataan "KAFE" perlu diletakkan di bahagian atas dan "Asia Care Cafe" di bahagian bawah. Bahasa Melayu wajib diletakkan untuk memohon lesen perniagaan daripada DBKL. Untuk pengesahan papan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain10.04.2014
Gaza CareCadangan: Gaza disayangi / Gaza dikasihani Gaza dilindungi Gaza diambil berat/diambil peduli diberi tumpuan diberi perhatianLain-lain12.02.2009
Human Capital Care and EventsKegiatan dan Tanggungjawab Modal Insan Care: Penjagaan ,Kebajikan, Kesejahteraan.Istilah11.01.2011
1. Apakah perkataan dalam bahasa Melayu "Share & Care"? 2. Bolehkah perkataan Extravaganza digunakan dalam iklan banner/kain rentang?1. Share & Care boleh diterjemahkan kepada Kongsi dan Jaga, jika bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. 
2. Perkataan Extravaganza boleh digunakan dalam urusan rasmi termasuklah iklan.
Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mencadangkan istilah 'Business Care.' Berikut merupakan definisi bagi istilah tersebut dalam bahasa inggeris: A business case captures the reasoning for initiating a project or task. It is often presented in a well-structured written document, but may also sometimes come in the form of a short verbal argument or presentation. The logic of the business case is that, whenever resources such as money or effort are consumed, they should be in support of a specific business need. An example could be that a software upgrade might improve system performance, but the "business case" is that better performance would improve customer satisfaction, require less task processing time, or reduce system maintenance costs. A compelling business case adequately captures both the quantifiable and non-quantifiable characteristics of a proposed project. Business case depends on business attitude and business volume.Berdasarkan soalan puan, terdapat dua istilah yang berbeza iaitu "business care" dan "business case". Sila nyatakan sama ada puan bertanya tentang "business care" atau "business case".Lain-lain25.11.2019
Your Partner For Environment CareRakan Anda untuk Pemuliharaan Persekitaran LestariIstilah07.01.2011
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks.Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. Penyemakan dan penterjemahan25.06.2019
Salam sejahtera, Saya inginkan kepastian terhadap istilah yang kami terjemahkan di bawah; 1. Nursing = penjagaan 2. Nursing home = rumah penjagaan 3. Nursing care = perawatan Adakah terjemahan ini tepat? Mohon penjelasan daripada pihak tuan terhadap isu ini. sekian, terima kasih1. Nursing boleh diterjemahkan kepada kejururawatan atau penjagaan bergantung pada konteks penggunaannya. 
2. Nursing home - rumah penjagaan
3. Nursing care - penjagaan jururawat
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2015
123

Kembali ke atas