Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. head (of tribe) ketua: the ~ of a tribe, ketua suku bangsa; 2. (colloq) boss, bos: the ~ asked for you just now, bos mencari kamu tadi; in ~, a. supreme, tertinggi: Commander-in-C~, Panglima Tertinggi; Colonel-in-C~, Kolonel Yg Dipertua; b. especially, terutamanya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. head, ketua: ~ accountant, ketua akauntan; ~ editor, ketua editor; ~ clerk, kerani /kanan, besar/; 2. main, utama: his ~ supporters, penyokong-penyokong utamanya; ~ port, pelabuhan utama; the ~ cause of the government’s downfall, sebab utama kerajaan itu jatuh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata chief


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
CHIEF OPERATING OFFICERKETUA PEGAWAI OPERASIIstilah12.01.2011
Chief Officer Aternative Distribution and Channel SupportKetua Pegawai Pengeluaran Alternatif dan Sokongan SaluranLain-lain15.07.2008
Bolehkah jelaskan tentang penggunaan perkataan "cif" sebagai terjemahan untuk perkataan "chief"? Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "cif" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Dalam pangkalan data kami, perkataan chief diterjemahkan kepada ketua. Contohnya, Chief Executive diterjemahkan kepada Ketua Eksekutif dan Chief Editor diterjemahkan kepada Ketua Editor. Perkataan cif digunakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk penamaan jawatan, contohnya Cif Inspektor.Istilah12.04.2012
1)Chief Operating Officer 2)Global Comsumer Banking1)Ketua Pegawai Operasi 2)Perbankan Pengguna GlobalIstilah20.06.2011
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.04.2018
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal SeliaMakna03.03.2017
Saya mohon penjelasa untuk maksud perkataan di bawah dalam Bahasa Melayu 1.Chief Regulatory Officer 2.Supervision Apakah maksud perkataan yang paling sesuai untuk Regulatory. Terima KasihPadanan yang dicadangkan untuk Chief Regulatory Officer ialah Ketua Pegawai Pengawal Seliaan.
Maksud "supervision" ialah penyeliaan/pengawasan
Makna23.02.2017
Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ?Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
2. General Manager - Pengurus Besar
3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan
4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar
5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan
Istilah27.02.2014
Apakah istilah bahasa Malaysia yang sesuai bagi perkataan berikut : 1. Chief People Officer 2. People Operations Department Perkataan "People" di sini merujuk kepada pekerja atau sumber manusia bagi sebuah organisasi. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.Merujuk soalan 1, istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Chief People Officer ialah Ketua Pegawai Sumber Manusia.

Merujuk soalan 2, berdasarkan frasa 'People Operations Department', padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah Bahagian Sumber Manusia dan perkataan 'People' tersebut merujuk sumber manusia bagi sebuah organisasi.
Istilah18.02.2018
Salam. Apakah frasa BM yang sesuai untuk "speaking circuit" dalam contoh ayat berikut Just like most politicians, presidents don't endure the rigors of the campaign trail and put up with life as the most scrutinized leader in the world for the money. The cash really starts rolling in when our commanders-in-chief leave the White House and hit the speaking circuit. Terima kasih.Tidak ada padanan speaking circuit dalam pangkalan data kami. Berdasarkan semakan kami, agak sukar untuk mencari padanan bagi istilah berkenaan dalam satu atau dua perkataan, melainkan dibuat huraian bagi konsep sebenar yang berkaitan speaking circuit dalam bahasa sumber.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2017

Kembali ke atas