Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. large, important town, kota, bandar: industrial ~, bandar perindustrian; ~ dwellers, penduduk kota; 2. incorporated municipality, bandar raya, kota raya: the ~ of Kuala Lumpur, bandar raya Kuala Lumpur; ~ council, dewan bandar raya; 3. (people) penduduk /kota, bandar, bandar raya, kota raya/: the whole ~ turned up to welcome the visiting president, seluruh penduduk bandar raya keluar utk mengalu-alukan kedatangan presiden; 4. of, characteristic of a large town, kota: a ~ girl, gadis kota. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata city


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi 'Vatican City'?

Padanan bahasa Melayu bagi ‘Vatican City’ juga ialah ‘Vatican City’.

Penyemakan dan penterjemahan21.07.2014
Best City Auto ACC Kini di Cheng Baru

1.          Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal “http://dbpsahbahasa.my/”,

Lain-lain20.06.2017
Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih.

Mengikut data kami, ‘city’ diberikan padanan “bandar raya” , “bandar” dan “kota”. Mengambil kira konsep “mega” kami mencadangkan “mega city” diberikan padanan “bandar raya mega”.

Istilah13.01.2015
Ayat yang lebih teratur diantara 2 di bawah: "The midland city of Johor" Atau "The midland city of Johore"Kedua-dua bentuk ayat adalah betul, teks bahasa Inggeris boleh mengekalkan ejaan Johore tetapi tidak salah jika menggunakan ejaan Johor (nama khas).Ejaan28.10.2011
Tuan, Apakah terjemahan yang tepat bagi "City Campus"? Adakah ia 'Kampus Bandar' atau 'Kampus Dalam Bandar'? Terima Kasih.

Terjemahan secara literal bagi Campus City ialah Kampus Bandar, walau bagaimanpun terjemahan Kampus dalam Bandar juga betul bagi menggambarkan konsep pembinaan kampus tersebut.

Tatabahasa17.10.2011
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih.
Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal.
Lain-lain26.09.2017
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Manakah satu jemahan berikut adalah betul dari segi bahasa. Eng: The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia 1. Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di asia tenggara 2. Pusat pemborong sehenti yang paling komprehensif di asia tenggara 3. Pusat pemborong satu perhentian yang paling komprehensif di asia tenggaraTerjemahan yang betul untuk  "The most comprehensive one-stop wholesale city in south-east asia" ialah   Pusat pemborong sehentian yang paling komprehensif di Asia Tenggara .Penyemakan dan penterjemahan09.04.2014
Selamat pagi. Saya dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah, Sarawak. Pihak pengurusan dan Ahli Majlis telah sepakat untuk menggunakan visi baru majlis iaitu "Mukah Towards A Vibrant Smart City". Mohon bantuan daripada pihak tuan untuk terjemah ke bahasa melayu kerana pihak majlis ingin menggunakan kedua² bahasa kelakTerjemahan yang sesuai bagi  "Mukah Towards A Vibrant Smart City" ialah "Mukah Menuju ke Arah Bandar Pintar dan Ceria"Makna10.05.2017
Apakah terjemahan bagi perkataan "highly-connected" dan "connectivity". Contoh penggunaan - "The city is highly-connected with advanced digital connectivity & reliable transportation". Terima kasih.Istilah Highly-connected masih belum ada dalam data pangkalan kami. Cadangan yang sesuai bagi terjemahan highly-connected ialah mengikut konteks ayat yang diberikan ialah berhubung sepenuhnya manakala maksud connectivity dalam bidang teknologi maklumat ialah ketersambungan. Makna09.10.2017
123

Kembali ke atas