Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. give special instruction to, memberi bimbingan khusus kpd: he ~es students in French, dia memberi bimbingan khusus kpd murid-murid yg mempelajari bahasa Perancis; 2. train, melatih: he ~es the football team, dia melatih pasukan bola sepak; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. horse-drawn carriage, kereta kuda: stage - ~, kereta kuda penumpang; 2. railway car, gerabak, koc; 3. bus for sightseeing, bas persiaran, koc; 4. trainer, jurulatih: tennis ~, jurulatih tenis; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata coach


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
return coach transferbas persiaran pergi balikLain-lain11.04.2007
Mohon dapatkan frasa berikut dalam BM: - independent living - job placement officer - job coach T.kasih

1. independent living - hidup berdikari

2. job placement officer - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami.  Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk job placement, iaitu penempatan kerja. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah pegawai penempatan kerja.

3. job coach - Tidak ada istilah khusus dalam pangkalan data kami. Istilah yang dicadangkan ialah jurulatih kerja.

Istilah01.07.2011
Apakah terjemahan kepada JOB COACHING (nama bidang pekerjaan) dan JOB COACH (nama jawatan). Secara ringkasnya, Job Coaching berperanan sebagai pemudahcara/penyelaras bagi kumpulan sasar yang berdaftar dengan JKM (OKU dsb.) untuk mendapatkan kerja di industri.Kami mencadangkan Job Coaching diterjemahkan kepada Bimbangan KerjayaMakna06.02.2018
Salam. Apakah terjemahan untuk "Signature Box" bagi menjelaskan sarung telefon pintar jenama Coach itu akan diletakkan di dalam "Signature Box". Terima kasihUntuk makluman, istilah "signature box" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah17.04.2013
apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan Job Couch/ Job couching? terima kasihPerkataan "job coach/job couching" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut agar kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah19.06.2016
Assalamualaikum, minta bantuan Tuan. saya membuat kajian mengenai tajuk ini: 1. MANAGERIAL COACHING: betulkan dalam bahasa 'Pengerusan Kejurulatihan 2. MANAGER AS A COACH : dalam konteks pengurusan bolehkan saya menyatakan peranan pengurus sebagai PEMBIMBING, kerana saya rasa tidak sesuai untuk menyatakan peranan pengurus sebagai jurulatih.Dalam konteks ini,kami berpendapat perkataan PEMBIMBING sesuai digunakan.Istilah20.03.2016
Apakah maksud dalam bahasa bagi 1. managerial coaching 2. coaching Bolehkah kita menyatakan peranan coaching itu sebagai membimbing atau perkataan membimbing sesuai utk mentoring. untuk area pengurusan sesuaikah kita menggunakan perkataan coaching sebagai jurulatih...kerana jurulatih lebih sesuai untuk area sukan. Ataupun kita boleh gunakan perkataan coaching atau coach dalam bahasa. Terima KasihUntuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "coaching' dalam pangkalan data istilah DBP, iaitu latihan, latih, melatih, bimbingan, ajar dan tunjuk ajar. Oleh itu, puan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.  Istilah "membimbing" boleh juga digunakan bergantung pada ayat dan konteks penggunaan. Istilah "jurulatih" biasanya digunakan dalam bidang sukan. "Coaching" atau "coach" tidak boleh digunakan kerana telah ada padanan bahasa Melayu.Istilah18.03.2016
Saya ingin mengetahui istilah yang betul untuk "talent pool" dan "talent bench strenght" serta "coaching and mentoring"Kesemua istilah yang dikemukakan berkaitan pengurusan atau pentadbiran yang belum didaftarkan padanan nya dalam bahasa Melayu. Talent pool bermaksud pengurusan/program membangunkan kerjaya pekerja yang berpotensi. Berdasarkan istilah sumur /telaga minyak, saya cadangkan talent pool = sumur sumber manusia/sumur pekerja. Talent bench strenght = kekuatan tanda aras sumber manusia. Daripada istilah Coach = pembimbing, jurulatih, koc. mentor = mentor. Dicadangkan Coaching= bimbingan, kejurulatihan.Istilah30.07.2011

Kembali ke atas