Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of competing, persaingan: there was keen ~ for the contract, ada persaingan hebat utk merebut kontrak itu; in ~ with, bersaing antara; (in contest, race, etc) bertandingan dgn; 2. event persons compete in, pertandingan: a ~ in essay-writing, pertandingan menulis esei; 3. person(s) competing with so., saingan, pesaing. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata competition


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Good afternoon,I am Ming Li,may i know the information about the choral singing competition?thanks.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Mohon jasa baik saudara untuk menggunakan bahasa Kebangsaan dalam urusan rasmi. Bahasa Jiwa Bangsa. Gunakanlah bahasa kebangsaan kita.Lain-lain15.04.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Premier League"? Contoh ayat: English Premier League competition. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "Premier League" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Liga Perdana.Istilah09.10.2013
apakah perkataan atau ayat dalam bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan Inggeri "Going forward". Contoh ayat: "Going forward, we foresee that the competition would be on attractive packages with good Internet access" terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "going forward". Setelah membuat rujukan kami mendapati perkataan ini ialah "jargon" dalam bidang perniagaan yang bermaksud "in the future", "from now on" atau "as we proceed into the future". Berdasarkan maksud dalam bahasa Inggeris tersebut, perkataan tersebut mungkin boleh diterjemahkan kepada "pada masa depan."Penyemakan dan penterjemahan13.06.2013
Salam, Saya ingin bertanya padanan bahasa Melayu yang paling sesuai untuk ungkapan bahasa Inggeris berikut, "Open Water Race". Untuk makluman, ungkapan tersebut merujuk pertandingan renang yang diadakan di tempat selain kolam renang. Contohnya laut, tasik, sungai dll. Mengikut PRPM, open water swimming competition diterjemahkan sebagai pertandingan renang sejadi. Adakah perkara ini betul, kerana saya musykil akan kesahihannya. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, terdapat istilah "open water swimming competition" dalam bidang Sukan dan padanan bahasa Melayu untuk istilah ini ialah pertandingan renang sejadi.  Huraian untuk istilah ini ialah: Kejohanan renang yang diadakan di luar kolam renang seperti laut, sungai, selat, tasik dan sebagainya. Oleh itu, istilah tersebut boleh digunakan.Istilah24.09.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih.

Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut.

Istilah05.05.2020

Kembali ke atas