Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : well ~, a. have relatives who are high in society etc, mempunyai hubungan keluarga dgn orang-orang yg berpangkat; b. know influential, powerful people, mempunyai hubungan dgn orang-orang yg berpengaruh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : I have been ~ with the opening of new resorts in the east coast, saya telah dikaitkan dgn pembukaan tempat-tempat peranginan baru di pantai timur; 2. related (by birth or marriage) mempunyai hubungan keluarga, (ada) kena-mengena, bersaudara: she is said to be ~ with the Pahang royal family, dia dikatakan mempunyai hubungan keluarga dgn keluarga diraja Pahang; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. associated, linked, ada /kaitannya, hubungannya/, mempunyai /kaitan, hubungan/; (of person), /ada, mempunyai/ /kaitan, hubungan/: the industries ~ with mining, perusahaan-perusahaan yg mempunyai kaitan dgn perlombongan; the two branches of learning are closely ~, kedua-dua cabang ilmu ini mempunyai kaitan yg rapat; he used to be ~ with book publishing, dulunya dia mempunyai kaitan dgn bidang penerbitan buku; have been ~ with, (telah) dikaitkan dgn: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata connected


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan "highly-connected" dan "connectivity". Contoh penggunaan - "The city is highly-connected with advanced digital connectivity & reliable transportation". Terima kasih.Istilah Highly-connected masih belum ada dalam data pangkalan kami. Cadangan yang sesuai bagi terjemahan highly-connected ialah mengikut konteks ayat yang diberikan ialah berhubung sepenuhnya manakala maksud connectivity dalam bidang teknologi maklumat ialah ketersambungan. Makna09.10.2017
Selamat sejahtera, Manakah yang sesuai digunakan bagi "connected to device"? "disambungkan ke peranti" atau "disambungkan kepada peranti"? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah "disambungkan kepada peranti".Penyemakan dan penterjemahan15.04.2015
Kepada yang berkenaan, Mohon semakan dan pengesahan bagi terjemahan "Enriching Statistics in an Inter-connected and Digital World" kepada "Memperkayakan Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung" adalah sesuai dan tepat.Terjemahan yang tepat ialah "Memperkaya Statistik dalam Dunia Digital yang saling berhubung".Penyemakan dan penterjemahan05.08.2015
Salam, Bolehkah saya tahu apakah terjemahan yang khusus bagi Controlled Environment Test Bed (CETB) dan Connected & Autonomous Vehicles (CAV) dalam bahasa Melayu? Moga dapat maklum balas dari pihak DBP dengan segera. Sekian. Terima Kasih.

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatanterjemahan dalam bahasa Inggeris. Untuk maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk mendapatka perkhidmatan ini melalui talian 603-9226 2506

Penyemakan dan penterjemahan10.01.2018
Saya nak tanye IT term "mount point"? - A mount point is a directory in a file system where additional information is logically connected from a storage location outside the operating system’s root drive and partition.Istilah "mount point" dalam belum ada dalam bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, sebagai permulaan kami cadangkan titik lekapan sebagai satu cadangan.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2018
Kami ingin mendapatkan terjemahan dan definisi bagi perkataan "facilitation & monitoring". Untuk makluman pihak tuan, "facilitation & monitoring" merupakan salah satu aktiviti/fungsi organisasi kami yang merangkumi: -Assist companies in the implementation & operation of their projects. -Facilitate exchange & coordination among institutions engage in or connected with industrial development. -Advisory Services Sekian, terima kasih.Cadangan untuk terjemahan  'facilitation' dalam bahasa Melayu ialah 'pemudahan' dan 'monitoring' ialah 'pengawasan'.  Namun untuk perkataan 'monitoring', padanan 'pemantauan' juga boleh digunakan mengikut maksud yang hendak disampaikan. Tuan boleh menggunakan sama ada "Pemudahan dan Pengawasan" atau "Pemudahan dan Pemantauan".Istilah23.04.2018
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih!1) Untuk  makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
 
solution aggregator - penggabungan penyelesaian
Edge Computing - pengkomputeran pinggir
Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan.
edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir
across every industry - Melangkaui setiap Industri
billions of connected things - Berbilion benda yang berkait
feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik

Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan.  Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)



Makna23.10.2017
Assalamualaikum,,, Saya ingin bertanya, apakah maksud 'Conurbation'.. Adakah ianya bermaksud 'konurbasi'..Berikan juga takrifannya. Terima kasih

1. Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk “conurbation” ialah bandar gabungan.

2. Takrifan “conurbation” dalam Cambridge Dictionary ialah “a large area including several different cities or large towns that have all grown so much that they are now connected to each other:  The largest urban conurbation in Scotland is centred around Glasgow. “.

3. Penggunaan istilah konurbasi digunakan dalam bidang biologi dan geografi.

Istilah20.08.2018
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut adalah definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan: 1. OBJECTIVE AUTHENTICITY - Genuineness of tangible heritage. Objective authenticity can be viewed as touristic objects’ genuineness particularly tangible heritage as verified by reputable and dependable sources. 2. CONSTRUCTIVE AUTHENTICITY - Authenticity of local essence of tourists’ experiences. Constructive authenticity is the outcome of social constructs since it is said that authenticity of an object originates from individuals’ beliefs and thoughts. 3. EXISTENTIAL AUTHENTICITY - More relaxed and sociable interactions with family, friends and local people. Existential authenticity focuses on genuineness of touristic experience at a particular time and place. It as an exploration of human attributes and personal connection with a destination built from participation and involvement in touristic activities. 4. FOOD AUTHENTICITY - Authenticity of food and dining experience which represents characteristics of a particular place. 5. PLACE ATTACHMENT - Range of feelings an individual holds when connected with a particular setting. 6. INTENTION TO RECOMMEND - Tourists’ willingness to recommend and say positive things about the destination. Terima kasih.Cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konsep penggunaannya:
1. OBJECTIVE AUTHENTICITY - keaslian objektif
2. CONSTRUCTIVE AUTHENTICITY - keaslian konstruktif
3. EXISTENTIAL AUTHENTICITY - keaslian kewujudan
4. FOOD AUTHENTICITY - keaslian makanan
5. PLACE ATTACHMENT - pertautan tempat
6. INTENTION TO RECOMMEND - hasrat untuk mengesyorkan
Penyemakan dan penterjemahan27.06.2019

Kembali ke atas