Mohon bantuan untuk memberi definasi 'kontraktor yang dinamakan' atau 'Nominated sub contractor (NSC)' ayat tersebut biasanya digunakan untuk kontrak atau surat perjanjian jabatan kerajaan (teknikal) sebagai contoh Syarikat yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan menamakan syarikat lain sebagai 'NSC' | Istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. | Makna | 24.06.2016 |
Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris. | Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik. | Istilah | 25.08.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan bantuan cadangan terjemahan daripada pihak DBP untuk istilah "project stargate" ke dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya menjadi "projek pagar angkasa" atau "projek pagar cakerawala"? Berikut saya lampirkan definisi bagi istilah "project stargate" sebagai rujukan pihak DBP: "Stargate Project was a secret U.S. Army unit established in 1978 at Fort Meade, Maryland, by the Defense Intelligence Agency (DIA) and SRI International (a California contractor) to investigate the potential for psychic phenomena in military and domestic intelligence applications." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Stargate Project ialah Projek Stargate. Padanan ini berdasarkan ciri semantik istilah Stargate itu sendiri yang merupakan kata nama khas. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 16.02.2023 |