Tuan, ada sedikit pertanyaan mengenai apitan meN-...-i. Mengapakah kita menggunakan perkataan "mencukupi" untuk membawa maksud cukup, tidak kurang, sedangkan kita ada perkataan "cukup"? Dalam hal ini dilihat bahawa "mencukupi" dapat berfungsi sebagai kata adjektif, dan maksud "mencukupi" disamakan dengan maksud perkataan "cukup". Adakah "mencukupi" itu kata adjektif atau kata kerja transitif? Saya difahamkan bahawa apitan meN-...-i ialah pembentuk kata kerja transitif, tetapi "mencukupi" selalu digunakan tanpa ikutan objek. Adakah apitan meN-...-i dapat membentuk kata adjektif seperti "mencukupi"? Saya juga tidak pasti bahawa adakah "cukup" dan "mencukupi" sama maksud atau ada sedikit perbezaan makna? Minta tuan terangkan pertanyaan ini. | · Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu, cukup mempunyai makna seperti yang berikut: · 1. (bilangan) kata tugas:banyak, sampai jumlahnya · 2. (usia) kata tugas: genap, sampai, sangkap, betul-betul · 3. Sempurna adjektif: lengkap, kafi, jap · 4. Sangat kata tugas: terlalu, amat, sungguh · 5. Lumayan kata tugas: sederhana, sedang · · Kata mencukupi kata kerja bermaksud memadai, melengkapi, mengenapi, sedang-menyedang: · Antonim mencukupi ialah berlebihan; berkurangan. · Sila kemukakan ayat sekiranya masih tidak memahami makna perkataan cukup dan mencukupi. | Tatabahasa | 22.11.2014 |
Tuan/Puan, 1. Dalam keadaan mana sesuai digunakan perkataan "cukup” dan "mencukupi" ? Sekian, terima kasih. | Perkataan “cukup” digunakan untuk menunjukkan kuantiti dan kualiti yang diperlukan sudah mencukupi atau tidak kurang. Contoh ayat, “Gaji kamu sudah lebih daripada cukup.” Manakala mencukupi pula digunakan untuk menunjukkan tidak kurang daripada sepatutnya. Contoh ayat, “Mereka mempunyai dana yang amat mencukupi untuk menyiapkan projek itu.” | Makna | 13.04.2022 |
Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai? | Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan. Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas. | Tatabahasa | 07.01.2018 |
Selamat sejahtera tuan, saya ingin tanya adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan? Wang simpanan Ali sudah cukup hendak membeli sebuah rumah kedai. | Ayat yang betul ialah “Wang simpanan Ali sudah cukup untuk membeli sebuah rumah kedai.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 25.02.2025 |
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Bolehkah 'tahniah' digunakan sebagai kata seruan, sebagi contoh: Tahniah, saudari! saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah “Tahniah, saudari! Saya cukup berbangga dengan pemilihan saudari sebagai murid cemerlang pada tahun ini”. | Tatabahasa | 05.06.2024 |
Cara menggunakan kata penguat. | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih. | Tatabahasa | 29.08.2006 |
Perlukah kata sendi nama di diulang dalam ayat yang berikut: Hujan berlaku di Kota Kinabalu, di Tawau, dan di Kudat. atau cukup digunakan satu di sahaja : Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau, dan Kudat. Mohon diberikan penjelasan. Terima kasih. | Dalam contoh yang diberikan kata sendi tidak perlu diulang, cukup sekadar ditulis sekali sahaja; Hujan berlaku di Kota Kinabalu, Tawau dan Kudat. | Tatabahasa | 04.02.2008 |
Tuan, 1. Apa perbezaan perkataan "fungsi" dan "pemfungsian". 2. Apa perbezaan perkataan "cukup: dan "mencukupi" Sekian, terima kasih. | “Fungsi” ialah kata dasar manakala “pemfungsian” merujuk maksud fungsi yang digunakan untuk merujuk kepada istilah tertentu. “Cukup” ialah kata dasar manakala "mencukupi" membawa makna 1. memadai, lengkap (keperluan, keinginan) 2. tidak kurang (untuk sesuatu hal, keperluan) 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya berkenaan jawapan dalam surat-menyurat). | Lain-lain | 04.04.2022 |
Saya keliru bagi tanda bacaan noktah, yang ada dialog seperti berikut, adakah noktah selepas tanda petik,"... ." ATAU "..." . : Musa berkata,: “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian”. 76. Musa berkata,: “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian.” | Penggunaan yang betul ialah Musa berkata, “Jika aku bertanya lagi selepas ini maka tinggalkanlah aku. Kamu telah mempunyai alasan yang cukup untuk berbuat demikian." | Tatabahasa | 03.09.2020 |
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup... | 1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar... 2) ... membeli dengan harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup... | Tatabahasa | 25.09.2013 |