Non-customer | selain pelanggan (bukan pelanggan) | Lain-lain | 05.05.2008 |
What is customer service contact no.? | Untuk menghubungi DBP, sila dail nombor 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 25.10.2016 |
Salam hormat DBP, Saya bagi pihak Tesco Stores Malaysia S/B ingin mendapatkan pengesahan bahasa yang digunakan dalam "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" yang bakal digunakan oleh pihak Tesco. Visual "Customer Calling Card" dan "Shopper operations Board" dilampirkan untuk tindakan lanjut pihak DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus "Customer Calling Card" dan "Shopper Operations Board". Istilah bahasa Melayu untuk "calling card" ialah kad nama. Istilah yang dicadangkan ialah Kad Nama Pelanggan. Istilah yang dicadangkan untuk "Shopper Operations Board" ialah Papan Operasi Pembeli-belah. Sekiranya padanan yang dicadangkan tidak sesuai, sila berikan penerangan lanjut tentang istilah tersebut. | Istilah | 01.10.2012 |
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah di antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "customer profiling" - "pemprofilan pelanggan", "kajian pelanggan", "penyiasatan pelanggan" atau apa-apa terjemahan yang lain? Untuk rujukan Tuan/Puan, "customer profiling" ditakrif sebagai rakaman dan analisis ciri psikologi dan tingkah laku seseorang, untuk menilai atau meramalkan keupayaan mereka dalam bidang tertentu atau untuk membantu mengenal pasti kategori orang. | 1. Terjemahan paling sesuai untuk customer profiling ialah Pemprofilan pelanggan. | Istilah | 04.04.2019 |
Salam sejahtera. Apakah cadangan terjemahan bagi jawatan "customer duty manager" dan "store duty manager"? Kedua-duanya adalah jawatan di dalam sebuah gedung kelengkapan rumah yang besar seperti pusat membeli-belah. "Store" merujuk kepada gedung ini. Terima kasih | Tidak ada terjemahan Customer Duty Manager dan Store Duty Manager dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengurus Khidmat Pelanggan dan Pengurus Stor. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
penggunaan ayat salesperson customer orientation dalam bahasa malaysia | Cadangan kami ialah “Jurujual Berorentasikan Pelanggan” ,sila kemukakan konteks penggunaan frasa ini dalam ayat. | Istilah | 29.11.2014 |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyemak sama ada terjemahan Bahasa Melayu berikut adalah betul. Petikan Bahasa Inggeris: "With Cagamas SRP Berhad's guarantee, does it mean customer(s) under the Scheme is only liable to the bank for 90% financing only? No, the customer(s) is liable to the bank for the full financing amount. The full financing amount could be up to 110% (for property purchase priced at RM300,000 and below) or up to 100% (for property purchase priced >RM300,000 to RM500,000). The guarantee only indemnifies the bank for any loss incurred as a result of financing above 90% level." Petikan Bahasa Melayu: "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna kewajipan pembayaran pelanggan di bawah Skim ini dihadkan kepada 90% nilai pembiayaan sahaja? Tidak, tanggungjawab pelanggan kepada bank adalah atas nilai pembiayaan penuh. Nilai pembiayaan penuh tersebut adalah sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga >RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat daripada pembiayaan yang melebihi aras 90%." | Padanan yang sesuai ialah, "Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah kewajipan pembayaran pelanggan di bawah skim ini dihadkan kepada 90% daripada nilai pembiayaan sahaja? Tidak, pelanggan layak mendapat nilai pembiayaan penuh daripada bank sehingga 110% (untuk pembelian hartanah berharga RM300,000 dan ke bawah) atau sehingga 100% (untuk pembelian hartanah berharga lebih daripada RM300,000 hingga RM500,000. Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian untuk pembiayaan yang melebihi 90%." | Lain-lain | 19.09.2019 |
Mohon nasihat untuk terjemahan yang tepat untuk perkataan "ageing" dalam konteks "customer ageing report" atau "debtors ageing report" dalam istilah kewangan. Terima kasih. | Dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, padanan istilah bahasa Melayu untuk ageing ialah pengusiaan. Cadangan terjemahan ialah Laporan Pengusiaan Pelanggan dan Laporan Pengusiaan Penghutang. | Makna | 18.02.2011 |
Kenapa susah sangat nak angkat call???!!! Ada orang kerja ke x?! Saya dah call Customer Service 03-2147 9000 tak dapat, Call pengawai pon sama 03-2147 9692 03-2147 9691 03-2147 9108 call bahagian technical pon sama 03-2147 9389 (Saufi) 03-2147 9377 (Pn Rajavi) Call saya semula! 019-3366 819 | Pihak kami memohon maaf kerana pada tarikh tersebut Bahagian kami sedang mengadakan Mesyuarat Bahagian. Tiada pegawai di tempat ketika itu. Itu sebabnya panggilan puan tidak berjawab. Pihak kami akan cuba menghubungi puan semula. Terima kasih. | Lain-lain | 30.08.2016 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'at' dalam ayat ini: Please contact Customer Service at 03-12345678. Adakah betul penggunaan 'di' dalam konteks ini: Sila hubungi Khidmat Pelanggan di 03-12345678. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Penggunaan yang betul ialah " Sila hubungi Khidmat Pelanggan melalui talian 03-12345678. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.12.2016 |