Selamat pagi. Boleh tahu padanan ayat yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk perkataan seperti berikut: 1. "Customize / Customization". Contoh ayat: Customize laporan mengikut keperluan / Report Customization 2. "Reconcile / Reconciliation. Contoh ayat: Reconcile transaksi daripada sistem ABC ke sistem BDE / ABC System Reconciliation / Opening Entry Reconciliation 3. Wujudkan perkataan "Progres" dalam bahasa melayu. Saya pernah nampak dalam satu laporan. Sub tajuk: Laporan dan Progres Pembangunan Sistem.. English sepatutnya Progress.. yang ditulis sebagi progres Terima kasih. | 1. Customize - Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, 'customize' bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk 'customized' ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'customize' lebih bermaksud 'sesuaikan' - Sesuaikan laporan mengikut keperluan. Cutomization - istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. 2. Reconcile - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'menyesuaikan'. Reconciliation - dalam konteks ayat yang diberikan padanan yang sesuai ialah 'penyesuaian'. 3. Perkataan 'progress' terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah 'kemajuan' atau 'perkembangan' mengikut kesesuaian ayat. - Laporan dan Kemajuan Pembangunan Sistem | Makna | 04.08.2021 |
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi. | Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas. | Istilah | 26.09.2013 |
Salam, saya ingin tahu padanan bahasa Melayu untuk perkataan "customize" dan "wood-cloth." Apaka ayat ini gramatis, "Harap-harap, anda kemudian akan ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja." Terima kasih. | 1. Customize diterjemahkan kepada mengikut tempahan atau mengikut pesanan. Wood-cloth tidak ada dalam sumber rujukan kami. Merujuk sumber istilah yang ada seperti wood product dan wood vinegar diterjemahkan kepada keluaran kayu dan cuka kayu, kami cadangkan wood cloth diterjemahkan kepada kain kayu. 2. Ayat yang sesuai, "Harapan kami, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut serta mengembangkan sendiri rekaan dan cara-cara anda bekerja". | Istilah | 23.07.2012 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to suit the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi. | Kami mencadangkan perkatan customize diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Lain-lain | 27.05.2015 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi perkataan bahasa Inggeris 'customise'? Ini adalah bagi sebuah butang tetapan di sebuah program komputer, untuk meng'customise'kan antaramuka program tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "Customise atau customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. | Makna | 13.02.2020 |
Salam sejahtera, berdasarkan carian di laman prpm, istilah 'customization' dipadankan sebagai 'pelangganan'. Bolehkah saya tahu konteks penggunaan padanan ini dan bolehkah istilah ini ditukar ganti dengan 'penyesuaian'? Terima kasih. | Berdasarkan bidang Teknologi Maklumat, istilah customized turut dipadankan dengan "tersuai". Istilah customize membawa maksud membuat sesuatu mengikut tempahan atau pesanan. Istilah adaptation/adjustment lebih tepat dipadankan dengan "penyesuaian". Walau bagaimanapun, istilah customization boleh dipadankan dengan "penyesuaian" dan bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 16.07.2021 |