Kecederaan yang dialami oleh Dali menyebabkan dia / menyebabkannya dimasukkan ke hospital. Beza dia dan nya? Tq | Ayat yang betul ialah "Kecederaan yang dialami oleh Dali menyebabkannya dimasukkan ke hospital". | Tatabahasa | 20.09.2014 |
Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas di / pada lengannya. Di atau pada? Dan bagaimana perbezaan antara kedua-dua kata sendi ini? | Luka yang dialami oleh Ali meninggalkan parut yang jelas pada lengannya. Kata sendi nama "di" menunjukkan tempat seperti "di rumah" dan "di Kuala Lumpur". Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat seperti "pada peringkat" dan "pada dinding". | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
apakah masalah yang sering dialami oleh murid-murid dalam menjawab soalan kata banyak makna | Soalan yang dikemukakan oleh saudara ini berbentuk tugasan kuliah dan memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Istilah | 18.03.2012 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | 1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung 2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan | Lain-lain | 14.08.2017 |
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaan. | Makna | 16.08.2017 |
maksud pengalaman hidup | Maksud pengalaman hidup ialah apa yang telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): Contoh ayat, Beliau telah menceritakan pengalamannya di rantau orang kepada kami. | Lain-lain | 16.06.2010 |
krisis ketidakyakinan terhadap bahasa melayu | Krisis ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu berkemungkinan besar hanya dialami oleh individu tertentu yang berasa kurang yakin akan keupayaan bahasa Melayu untuk digunakan dalam urusan tertentu. Ini mungkin disebabkan pihak berkenaan tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. | Lain-lain | 28.03.2007 |
apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
Bolehkah penggunaan kata sangat dan amat digunakan sekali dalam sesuatu ayat?Contohnya,Azman berasa amat sangat sakit disebabkan kecederaan yang dialami. | Kata penguat amat, sangat, sungguh boleh hadir salah satu sahaja di hadapan atau belakang kata adjektif, seperti: Pakaian seragam pasukan itu amat kemas, Pemandangan di perbatasan indah sungguh. | Tatabahasa | 08.12.2010 |