Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibandingkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu bagaimana untuk membezakan penggunaan 'berbanding' dan 'dibandingkan'? Adakah di bahagian belakang 'dibandingkan' perlu ada perkataan dengan? Contoh: Jumlahnya seganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama / Jumlahnya seganda lebih tinggi dibandingkan dengan tempoh yang sama. Bolehkah pihak DBP berikan pencerahan? Terima kasih.Sama ada "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan".Tatabahasa16.09.2019
Perbezaan bagi berbanding, dibandingkan dan berbandingkan?
Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. Oleh itu, sama ada kata "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". Tiada penggunaan perkataan berbandingkan dalam Kamus Dewan. Perkataan lain yang sering digunakan ialah berbandingan, membandingkan, memperbandingkan, pembandingan, membandingi dan sebagainya. 
Tatabahasa28.10.2020
Apakah yang dapat dibandingkan antara dialek kelantan dan juga bahasa baku?Dialek Kelantan ialah bahasa yang digunakan di daerah Kelantan, manakala bahasa baku ialah bahasa standard.Makna20.01.2007
Tuan, berikut merupakan dua ayat yang perlu dibandingkan. 1. Encik Zamli telah menyenaraikan barangan keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. 2. Encik Zamli telah menyenaraikan barang keperluan yang hendak dibelinya di kompleks beli-belah itu. Yang manakah betul ? Terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama dan betul.Tatabahasa12.06.2012
Penggunaan imbuhan meng--kan dan meng--i

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala meN-...-i menandakan lokatif. Contoh: Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ali dan Pak Osman menghadiahi Ali sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan  meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contoh: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa16.09.2011
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.Istilah10.08.2023
Boleh saya tau kenapa anjal keremajaan lebih tepat berbanding anjal remaja? Jika dibandingkan dengan frasa lain yg sewaktu dengannya: awet muda lebih tepat dan bukannya awet kemudaan.

Contoh frasa yang betul ialah “keanjalan kulit” atau “meremajakan kulit”. Bagi perkataan awet muda, perkataan tersebut sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang bermaksud sentiasa kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.

Istilah22.08.2023
perkataan seperti "tahun" yang membawa maksud jangka waktu dikategorikan di bawah golongan kata yang mana? Jika dibandingkan dengan perkataan "year" dalam kamus bahasa Inggeris, walaupun membawa maksud yang sama namun perkataan tersebut dikategorikan sebagai noun iaitu kata nama.Kata nama, kata kerja,dan kata adjektif bolehlah disebut sebagai golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Golongan kata nama, merangkumi sejumlah kata perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep.


Kata nama terbahagi kepada tiga, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaan berpangkalkan huruf besar.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan ditulis dengan huruf kecil.


Perkataan tahun tergolong dalam kata nama am, kerana bersifat umum.
Tatabahasa09.03.2015
pertanyaan tentang penggunaan huruf besar: Mengapa penggunaan huruf besar bagi istilah 'Hari Raya Puasa' adalah untuk ketiga-tiga perkataan jika dibandingkan dengan hari Deepavali?Mengikut buku Kamus Dewan, Deepavali bermaksud hari perayaan/besar bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Maka perkataan hari sebelum kata nama khas ‘Deepavali’ merupakan kata am sahaja.  Berbeza dengan ‘Hari Raya Puasa’ kerana kata ‘hari’ merupakan sebahagian daripada kata nama khas ‘Hari Raya Puasa’.Tatabahasa10.07.2014
Bagaimanakah bentuk ejaan sebenar kata terbitan meN- + X-ray; adakah meng-X-ray atau mengx-ray atau mengX-ray? Jika dibandingkan dengan perkataan e-mel (meng-e-melkan), yang pertama itu tepat dan terdapat dalam PRPM DBP selain terdapat juga yang kedua dalam PRPMEjaan yang betul ialah meng-X-ray.Ejaan11.11.2010
12345

Kembali ke atas