Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibayar

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kecil hutang diansur,
     habis hutang dibayar.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai susunan ayat ini yang mana satu betul? Gaji dibayar penuh semula mulai ... atau Gaji penuh dibayar semula mulai ...

Sila kemukakan konteks yang puan ingin sampaikan.  Gaji dibayar penuh semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan terdahulu gajinya ada potongan. Secara konsepnya  ada gaji penuh, gaji separuh dan tanpa gaji.

Gaji penuh dibayar semula mulai… memberikan kita interpretasi bahawa pada bulan lepas dia tidak ada gaji langsung (tanpa gaji) dan gaji bulan tersebut akan “dibayar semula” pada …

Tatabahasa08.04.2014
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih.Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki.Tatabahasa24.05.2012
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Berapakah jumlah royalti yang biasa diterima dari penerbitan buku oleh DBP?

Salam,

Untuk makluman saudara royalti yang biasa dibayar kepada penulis buku yang diterbitkan oleh DBP adalah berbeza-beza mengikut peringkat/kategori buku. Royalti yang dibayar adalah antara 10-20% bagi setiap buku. Walau bagaimanapun peratusan royalti juga bergantung kepada jumlah penulis yang terlibat dalam penghasilan sesuatu buku tersebut.

Lain-lain28.04.2009
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017
Saya berminat untuk menulis. Bagaimanakah saya boleh menyumbang karya dan adakah saya dibayar?

Bayaran untuk karya yang diterbitkan:  

i.    Terbit di majalah

       a) Dewasa/umum           =     RM 300.00/siaran

       b) Remaja                     =     RM 200.00/siaran

       c) Kanak-kanak             =     RM 100.00/siaran

ii.     Jurnal                          =      RM 300.00/siaran

iii.    Tabloid                        =      RM 100.00/siaran

Karya sdr. boleh di hantar kepada Editor Dewan Sastera atau Editor Dewan Siswa atau Editor Dewan Pelajar  (mengikut kategori cerpen), Bahagian Majalah,  Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Selamat berjaya! Salam.

Lain-lain27.02.2009
Assalamu'laikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "security deposit" yang dibayar apabila kita membeli aset tertentu seperti kereta dan rumah? Adakah "deposit jaminan" merupakan terjemahan yang tepat? Terima kasih.Waalaikumussalam. Padanan bahasa Melayu yang diberikan untuk “security deposit” boleh diterima. Namun begitu, perkataan lain seperti wang muka, wang pendahuluan dan wang cengkeram boleh juga digunakan untuk maksud “security deposit”. Sekian. Terima kasih.Istilah11.07.2018
Empana Endin Jul 9th, 5:01am Salam..sy telah menghantar karya ke tunas cipta..dan dibayar honarium sbnyk rm 99.dekat mana ya sy nak tau yg karya sy tu dah diterbitkan atau belum.sebab sy tak terima maklum bls dari penerbit.tqSalam Sejahtera. Saudara boleh bertanyakan kepada sidang editor majalah Tunas Cipta, khairul@dbp.gov.my dan sitinoorisa@dbp.gov.my.Lain-lain09.07.2015
Betulkah tanda baca pada ayat di bawah: a) Mereka mempertahankan pendirian dengan komen seperti, "Saya dibayar dengan gaji yang besar.", "Begini caranya saya mencari nafkah untuk keluarga.", dan "Saya perlu buat begini supaya dapat bersaing dengan orang lain di pejabat.".Penggunaan tanda baca dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa29.02.2012
123456

Kembali ke atas