Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibeli

Puisi
 

Bawang dibeli di kedai Cina,
     Cina apek di kedai kopi;
Adik ikut barang ke mana,
     Adik hendak bersama mati.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Gajah lalu dibeli,
     kusa tidak terbeli.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maaf, saya ingin bertanya adakah selepas perkataan "dibeli" perlu disertai dengan perkataan "oleh"? Ayat contoh: Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling atau Mesin basuh itu dibeli Yoke Ling. Yang mana satukah yang betul? Mohon pencerahan pihak DBP. Terima kasih.'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. Maka ayat yang betul ialah "Mesin basuh itu dibeli oleh Yoke Ling"Tatabahasa29.09.2020
1. Pakaian baru ini dibelikan (oleh/kepada/untuk) ibu saya. 2. Kek itu dibeli (oleh/kepada/untuk) kakak Meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan (kepada/oleh/untuk) tetamu yang menghadiri majlis ini.1. Pakaian baru ini dibeli oleh ibu saya. 2. Kek itu dibeli oleh kakak meng Keat. 3. Makanan yang sedap itu disediakan untuk tetamu yang hadir. Harap maklum.Tatabahasa30.07.2008
Keropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat________dan rasanya sangat sedap. a) rapuh b) empuk c) liat d) rangupKeropok ikan yang dibeli oleh Shima sangat rangup dan rasanya sangat sedap.
d) rangup
Tatabahasa21.09.2021
1. Yang manakah satu yang betul bagi ayat pasif yang berikut? i) Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, ATAU ii) Buku itu cikgu/encik/gadis itu beli. Pendapat saya ialah seharusnya ayat i) yang betul kerana cikgu/encik/gadis itu sudah masuk dalam golongan kata nama am.Jawapan yang betul ialah Buku itu dibeli oleh cikgu/encik/gadis itu, tetapi kata sapaan yang digunakan tidak sesuai. Ayat yang tepat ialah 1. Buku itu dibeli oleh Cikgu Ahmad, 2. Buku itu dibeli oleh Encik Abu, 3. Buku itu dibeli oleh gadis itu.Lain-lain10.06.2010
Adakah ayat ini betul-Sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahi kepada isterinya.Ayat yang gramatis ialah "sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahkan kepada isterinya".Tatabahasa09.10.2012
salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasihDalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam".Tatabahasa22.10.2013
1) Kereta yang (baharu/baru) dibeli oleh Encik Luqman semalam sudah pun dicuri orang. Mana satu jawapan betul dan keterangannya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:  Kereta yang baru dibeli oleh Encik Luqman semalam sudah pun dicuri orang. 

Kata baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Kata sifat - baru/baharu 
Kata bantu - baru
Makna09.03.2022
Re : Tukar ayat aktti kepada ayat pasif: 1.Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. (a) Sekilo udang dari pasar itu dibeli oleh Yu Kang. (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar itu. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. (a) Buku cerita dari perpustakaan di pinjam oleh Su Xin. (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? Sekian, terima kasih.

1. Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. Ayat pasifnya - (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar

2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. Ayat pasifnya (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan.

Tatabahasa22.08.2011
Dia membayar wang selepas mengambil makanan itu. Adakah frasa kerja "membayar wang" itu betul? atau membayar harga makanan yang dibeli? TQDia membayar makanan yang dibeli. (Betul)
membayar (Kamus Dewan Edisi Keempat)-  memberi wang utk harga barang yg diterima (utk menyelesaikan hutang, sbg upah kpd seseorang, dll): ~ gaji; ~ hutang; ~ bil elektrik

Contoh lain;
Dia membayar sewa rumah.
Tatabahasa04.09.2012
Pemilik kedai runcit itu mengehadkan jumlah gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya. Tuan, sesuaikah perkataan 'jumlah' digunakan dalam ayat di atas atau ada perkataan lain? terima kasih.Jumlah lazimnya digunakan untuk barangan yang boleh dilihat secara fizikal seperti sejumlah wang ... dan lagipun gula biasanya disukat mengikut timbangan. Ayat yang betul Pemilik kedai runcit itu mengehadkan dua kilogram gula yang dibeli oleh pelanggan-pelanggannya.Tatabahasa08.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas