Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuktikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna "hipotesis"Menurut Kamus Dewan, hipotesis bermaksud sesuatu pendapat yg dianggap benar sbg alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.Makna12.12.2007
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara?

Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain07.01.2011
Boleh pihak DBP berikan maklumat tentang fungsi diksi yang lengkap berserta contohnya sekali. Kemudian, apakah maksud teori linguistik dan teori bahasa?Teori ialah pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll: Mewngenai teori linguistik dan teori bahasa, soalan ini agak luas dan memerlukan analisis untuk menjawabnya. Sdr boleh merujuk buku-buku atau tulisan yg menyentuh ttg diksi dan juga teori tentang linguistik dan bahasa ini. Buku-buku yg ditulis oleh Fish, Asmah Hj Omar dan sarjana lain dapat membantu dalam hal ini. T.kasih. Lain-lain21.08.2008
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan.Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan.Tatabahasa18.04.2013
Salam sejahtera, terima kasih atas penjelasan tuan/puan. Sehubungan dengan 'ibu bapa', tuan/puan menyatakan bahawa 'ibu bapa' merupakan frasa nama. Berdasarkan Bab 6 (6.3.3.2), muka surat 135 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ibu bapa' merupakan kata nama majmuk. Sekian, terima kasih.Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang.Tatabahasa20.11.2018
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
Chocolatey --> Coklate. Ingin tahu sama ada perkataan "Coklate" sah dalam kamus Dewan Bahasa.Selamat sejahtera VANESSA.

Sesuatu kata dapat diterima sebagai entri atau kata masukan yang sah dalam kamus bergantung pada faktor bilangan penutur bahasa Melayu yang menuturkan perkataan itu dan potensi perkembangan atau hayatnya dalam masyarakat. Statistik atau taburan kata ini dapat dibuktikan daripada data korpus bahasa Melayu.

Berdasarkan semakan data korpus, perkataan coklate belum wujud dalam pangkalan data korpus bahasa Melayu dan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya yang menjalankan amanah,

Mardhiah binti Othman.
Lain-lain27.03.2025
Adakah ibu bapa bukan kata majmuk? Dalam konsep kata majmuk, satu daripada syaratnya adalah tidak boleh disisipkan dengan beberapa perkataan di antara unsur-unsur yang membinanya. Dalam isu ini, ibu bapa boleh disisipkan dengan "dan" di antara kedua-dua unsur yang membinanya lalu menjadikannya " ibu dan bapa" yang masih membawa maksud ibu serta bapa. Adakah ini benar?Ibu bapa ialah frasa nama yang boleh dibuktikan dengan penyusupan kata hubung seperti dan. Kekeliruan dalam buku Tatabahasa Dewan tersebut akan diperbaiki dalam terbitan yang akan datang.Tatabahasa04.05.2020
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. 

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud  perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip  yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala  perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti.
Penyemakan dan penterjemahan21.10.2018
Kata kerja 'melawat' tergolong sbg kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Saya dapati, kata kerja ini boleh berfungsi sbg kata kerja transitif, contoh 'melawat abangnya di hospital' (kata kerja melawat mesti diikuti objek) dan sebagai kata kerja tak transitif, contoh melawat ke Putrajaya. Benarkah pemahaman saya ini? Sekian, terima kasih.Kata kerja 'melawat' tergolong sebagai kata kerja transitif, seperti dalam contoh ayat 'melawat abangnya di hospital' atau 'melawat Putrajaya'. Hal ini boleh dibuktikan apabila ayat ini dipasifkan (Kata kerja transitif boleh dipasifkan) menjadi 'abangnya di hospital dilawati' dan 'Putrajaya dilawati'. Walau bagaimanapun ada juga pendapat mengatakan 'melawat' ialah kata kerja tak transitif dan boleh diikuti dengan kata sendi 'ke' seperti dalam ayat 'melawat ke Putrajaya'. Hal inilah yang menjadikan bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa.Tatabahasa18.03.2011
12

Kembali ke atas