Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan. | Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta. | Makna | 28.02.2007 |
adakah perkataan bidang dan pengkhususan mempunyai sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bidang ialah kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan. Manakala pengkhususan pula ialah perihal menjurus dlm sesuatu bidang. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna seuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP dan taip perkataan yang ingin diketahui makna di petak carian kata. | Makna | 14.04.2009 |
apa beza profesion perguruan dan bidang keguruan | Sdr. Nash, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Bidang bermaksud kegiatan yg diceburi, lapangan: berkecimpung dlm ~ seni lakon; 7. bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan: melanjutkan pelajaran dlm ~ kejuruteraan awam Makanala (profésion) ialah pekerjaan terutamanya yg memerlukan pelajaran yg tinggi dan latihan khas (mis dlm bidang undang-undang, perubatan, perakaunan, dll). Memang terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Ia hanya dapat dibezakan sekiranya kita melihatnya dalam bentuk ayat atau penulisan. | Makna | 06.04.2009 |
Apakah beza antara STRUKTUR pekerjaan dan BIDANG pekerjaan? | Tidak ada maksud bagi frasa yang tersebut. Ap yang dapat kami bantu ialah memberikan makna perkataan struktur dan bidang. Struktur bermaksud sesuatu yang dibina atau dibentuk. Bidang pula bermaksud kegiatan yang diceburi. | Makna | 09.10.2015 |
Ucapan syabas kepada DBP kerana memudahkan saya membuat rujukan tentang istilah dan menggunakan puisi nukilan dan dalam simpanan DBP | Salam. Ucapan terima kasih juga kepada sdr. atas ucapan tersebut. Semoga sdr. beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 08.07.2009 |