Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didahulukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan imbuhan apitan mana yang lebih tepat; didahului ilmu dengan adab atau didahulukan ilmu dengan adab?Penggunaan yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut ialah didahulukan, "didahulukan ilmu dengan adab".Tatabahasa06.01.2022
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih.Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita.  Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. Lain-lain13.02.2011
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
Tolong jelaskan bagaimana frasa sendi nama boleh didahulukan dengan kata bantu?Kata bantu, yang hadir sebelum frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek (telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum) dan kata bantu ragam (hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut, dan mungkin). Merujuk soalan yang saudara kemukakan, mohon kerjasama saudara agar dapat memberikan contoh ayat bagi membolehkan pihak kami membantu saudara dalam perkara ini.     Tatabahasa02.02.2010
Apa terjemahan "Captain on the bridge!"? Terima kasih didahulukan.Sila nyatakan konteks atau konsep "captain on the bridge" untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu.Tatabahasa09.07.2022
Apa terjemahan untuk 'daytime running light' ? Terima kasih didahulukan.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

daytime running light - lampu nyalaan siang

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah03.06.2022
Assalamualaikum. Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk air brush? Kerjasama didahulukan ucapan terima kasihWa alaikum salam,

Terjemahan perkataan air brush dalam bahasa Melayu ialah berus sembur.
Istilah09.08.2017
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan untuk siapakah yang perlu didahulukan? tetamu jemputan atau ketua di organisasi tersebut?Dalam situasi biasa, alu-aluan akan mendahulukan tetamu jemputan yang diundang khas sebagai tetamu kenamaan.Tatabahasa04.08.2016
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat penutup kata " dan juga noktah, yang manakah didahulukan di dalam satu ayat cth: "memulihara alam sekitar dan budaya". atau ...budaya." Yang manakah paling tepat? Terima KasihBergantung pada konteks penggunaannya. Jika dialog, noktah dan diikuti tanda petik, manakala jika menulis sesuatu perkara, tada petik dan diikuti dengan noktah.Tatabahasa03.07.2015
Bagaimanakah susunan dalam membuat salinan kepada atau cc (bagi emel) - siapa yang perlu didahulukan namanya, adakah yang lebih berpangkat kepada yang lebih rendah atau sebaliknya. terima kasihDalam membuat salinan kepada (cc), terdapat beberapa perkara perlu dilihat. Pihak atasan perlu dimaklumkan sesuatu projek/program untukĀ  pemberitahuan/pemakluman. Selain itu, salinan kepada juga diberikan kepada pegawai yang terlibat dalam projek atau program yang dianjurkan.

Puan hendaklah mengenal pasti kewajaran e-mel berkenaan untuk disalinkan kepada penerima yang lain.
Lain-lain06.12.2013
123456

Kembali ke atas