Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihantar

Puisi
 

Kain pelikat corak bersegi;
     Isi di dulang hendak dihantar;
Kalau pemikat baik budi,
     Burung terbang pulang ke sangkar.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya keliru dengan pengunaan perkataan tersilap dihantar atau tersilap menghantar. Sudi menerangkan pengunaan perkataan dihantar dan menghantar. Bersama-sama ini dikemukakan surat daripada Mahkamah Tinggi Kuantan yang tersilap dihantar/ tersilap menghantar ke Kamar ini untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.Frasa yang betul ialah tersilap menghantar. Menghantar ialah kata kerja aktif dan dihantar ialah kata kerja  pasif dan kata kerja pasif lazimnya mendahulukan  objek asal sebagai keterangan seperti makanan dihantar kepada Ali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk kata kerja aktif dan kata kerja pasif.Tatabahasa03.01.2014
Salam Saudara/Saudari, 1) Mohon tunjuk ajar cara pengunaan ke dan kepada. (Mohon tunjukkan contoh sekali) 2) Apakah sinonim yang profesional bagi "dihantar"? 2) Adakah yang berikut betul? "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar kepada Jabatan X" atau "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"1. Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh:
i. Mereka akan ke Kuantan esok
ii. Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa. 

Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh:
i. Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat itu
ii. Peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan
iii. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik.

3. Apa yang dimaksudkan sinonim yang professional bagi "dihantar", tidak jelas. Berikut makna bahgi "hantar"
1 menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh.
2 membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali.
3 memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran.
4 mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan.
5 memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1 orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2 alat utk menghantar.

3. Ayat yang betul, "Harap maklum bahawa permohonan anda telah dihantar ke Jabatan X"

Tatabahasa19.08.2015
Salam tn/pn Bolehkah borang pemohonan jawatan di DBP dihantar melalui email.memandangkan keadaan susah keluar sekarang. Terima kasihSalam sejahtera, Permohonan jawatan kosong Borang permohonan jawatan kosong DBP tidak boleh dihantar melalui e-mel, borang perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: 1. Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau 2. Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341Lain-lain20.03.2020
1)Anak itu telah dihantar belajar di ... 2)Amira telah diberi bayaran yang agak... atau 1)Anak itu dihantar belajar di ... 2)Amira diberi bayaran yang agak... tuan/puan, yang mana satu betul penggunaannya, perlukah perkataan 'telah' wujud di situ...mohon pencerahan.Dalam kedua-dua contoh ayat yang diberikan, kata "telah" boleh hadir atau tidak hadir dalam ayat tersebut kerana maksud ayat tersebut telah sempurna jika ditulis "Anak itu dihantar belajar di ... "dan "Amira diberi bayaran yang agak...".Tatabahasa12.08.2015
Maaf diminta! Berkenaan dengan pertanyaan saya yang dihantar petang ini, tolong abaikan lampiran yang dihantar tadi. Salinan yang betul dilampirkan dengan ini.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
adakah ayat ini betul: butiran pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikanButiran pesanan akan dihantar melalui e-mel yang anda berikan.Lain-lain22.02.2018
Adakah ayat "Borang yang dikemukakan melalui pos" bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos sahaja atau bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos dan perkhidmatan pengiriman cepat (courier service) sahaja. STKPenghantaran sesuatu benda melalui perkhidmatan kiriman cepat juga dikira sebagai penghantaran melalui pos.  Istilah16.03.2010
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
salam sejahtera & selamat petang. mohon jawapan daripada pihak DBP. antara dua perkataan ini, mana yang betul? i) DIHANTAR ii) DI HANTAREjaan yang betul ialah 'dihantar' - imbuhan 'di' dengan kata kerja hendaklah dieja satu perkataan.Ejaan08.03.2011
Saya ingin bertanya sama ada Jurnal Bahasa masih diterbitkan. Kepada siapakah makalah boleh dihantar?

Jurnal Bahasa masih diterbitkan oleh DBP. Makalah yang ditulis  untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa bolehlah dihantar kepada editornya, Zaiton Darois melalui emel zaiton6@dbp.gov,my

 

Lain-lain30.03.2010
12345678910...

Kembali ke atas