diingatkan atau diperingatkan? | Perkataan ingat bermaksud mengenang sesuatu atau sesuatu yang timbul dalam fikiran. Kedua-dua perkataan tersebut diingatkan atau diperingatkan boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
Adakah betul penggunaan ayat berikut : Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada pukul 3.00 petang 12 November 2018. | Dicadangkan supaya ayat tersebut disusun seperti berikut: Pengurus syarikat juga diingatkan tentang janji temu bersama Pengarah Kastam Negeri pada 12 November 2018 pukul 3.00 petang. | Tatabahasa | 05.11.2018 |
Salam sejahtera, 1.Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke / di Google Classroom. (sila beri pencerahan) 2.Murid-murid diminta menyalin karangan di / pada kertas kajang. (sila beri pencerahan). Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke Google Classroom. Kata sendi nama "ke" digunakan untuk menunjukkan arah yang dituju dan berlakunya pergerakan. 2. Ayat yang betul ialah Murid-murid diminta menyalin karangan pada kertas kajang. Kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 29.06.2021 |
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | 1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Tuan, Salam sejahtera, Mohon penjelasan frasa "Seyogia diingatkan" yang sering digunakan dalam surat rasmi. Terima kasih | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. Seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Perkataan tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
apakah maksud sebenar perkataan "sayugia". Perkataan ini sering digunakan dalam penulisan surat seperti "sayugia diingatkan..." Dari manakah asal perkataan ini? | Perkataan seyogia berasal daripada perkataan yogia. Yogia bermaksud berpatutan,padan,layak. seyogia bermaksud sepatutnya,selayaknya,semestinya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1812. | Makna | 23.02.2009 |
Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa. | Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata. Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif. Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). | Makna | 16.12.2023 |
Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: Dia memutuskan untuk tidur semula. Dilihat bahawa kata sendi nama "untuk" menjadi sisipan di antara kata kerja transitif "memutuskan" dengan frasa kerja "tidur semula". Pernah diingatkan dalam Tatabahasa Dewan bahawa kata kerja transitif perlu diikut terus oleh objek, tidak boleh diikut oleh sisipan seperti kata sendi nama. Jadi, bagaimanakah ayat di atas dibetulkan? | Dalam buku tatabahasa Dewan, halaman 403, frasa kerja boleh mengandungi binaan-binaan seperti berikut: (i) kata kerja transitif + objek (ii) kata kerja transitif + ayat komplemen (iii) kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan (iv) kata bantu + kata kerja transitif +ayat komplemen + keterangan Daripada binaan tersebut, ayat "Dia memutuskan untuk tidur semula." adalah betul. ... untuk tidur semula merupakan ayat komplemen yang menggunakan kata hubung komplemen untuk. Kata hubung pancangan komplemen adalah terdiri daripada bahawa dan untuk. Sila rujuk halaman 253. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
adakah penggunaan kata hubung berpasangan bukan sahaja... bahkan juga sama dengan bukan sahaja ... tetapi juga? boleh beri ayat sebagai contoh? adakah terdapat perbezaan antara kedua2 kata hubung berpasangan ini? | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami.Diingatkan bahawa Tatabahasa Dewan tidak menerima kata hubung berpasangan sebagai jenis kata hubung tetapi dianggap sebagai pasangan yang gramatis. Contoh ayat Agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yang sebenar, tetapi juga merupakan pendinding daripada godaan hawa nafsu dan Beliau bukan sahaja penyeri, tetapi juga penggegar gelanggang. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
Adakah betul penggunaan ayat berikut? Atau, pohon jasabaik Tuan mecadangkan ayat yang lebih baik. " Sayugia dingatkan bahawa, kelewatan mengemukakan dokumen seperti tersebut di Para dua boleh menyebabkan Permohonan Tuan akan lewat diproses dan Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan Tuan terpaksa ditolak. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses atau ditolak. 2. Tuan diingatkan bahawa kelewatan mengemukakan dokumen yang tersebut di para dua akan menyebabkan permohonan tuan lewat diproses. Kami tidak akan bertanggungjawab jika permohonan tuan ditolak. | Tatabahasa | 31.01.2011 |