Pada zaman serba canggih ini, budaya yang (diinginkan / diingini) hanyalah keseronokan dan keselasaan. Jawapan yang mana? diinginkan atau diingini? Terima kasih. | Pada zaman serba canggih ini, budaya yang diinginkan/diingini hanyalah keseronokan dan keselasaan. Dari aspek makna kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut, namun jawapan yang paling tepat ialah diingini.
| Tatabahasa | 30.07.2014 |
Berikut adalah alamat dan judul yang diinginkan. Saya telah menghantarnya pada 16 Jun 2010. Harap dapat bantu saya. Pertama : 1. Kepada siapa manuskrip tersebut dialamatkan : Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Kanak-kanak : 1. Kura-kura Yang Rajin. 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut. Novel Kanak-kanak : 1. Dunia Azim. Kedua: 1. Kepada siapa manuskrip itu dialamatkan : Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pnegembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. 2. Judul manuskrip : Buku Cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul (Siri 1, Siri 2 , Siri 3, Siri 4) | Terima kasih. Perkara ini akan dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Salam sejahtera, Tajuk: Peranan imbuhan 'kan' dalam tatabahasa Terlebih dahulu penulis telah mengulang kaji TTB Dewan Bab Kata Kerja. Seorang penulis, saya selalu terjumpa pelbagai variasi ayat penyata (amnya) yang mungkin memerlukan imbuhan 'kan' ataupun sebaliknya. Kadang-kadang ia menjadi dilema kecil. Sebagai contoh: Kes 1: Kilang kami memerlu pekerja am dengan segera. Kilang Kami memerlukan pekerja am dengan segera. Kedua-dua ayat di atas adalah dalam bentuk asas FNFK, dan kedua-duanya betul jika dilihat dari segi tatabahasa. Apakah nasihat DBP? Kes 2: Sila perhatikan ayat-ayat pasif di bawah. (A1) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A2) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentukan bahasa yang diinginkan. (A3) XYZ ialah parameter yang diguna untuk menentu bahasa yang diinginkan. (A4) XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentu bahasa yang diinginkan. Jika kita bermain dengan kaedah transformasi, ayat manakah yang persis? Apakah hujahnya? Terima kasih DBP | Ayat yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Kilang kami memerlukan pekerja am dengan segera. 2. XYZ ialah parameter yang digunakan untuk menentukan bahasa yang diinginkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 183 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah padanan bagi perkataan "cut" yang biasa digunakan oleh pengarah dalam penggambaran setelah mendapat potongan babak yang diinginkan? Terima kasih. | Tiada data berkaitan’cut’ khusus untuk bidang perfileman dalam data DBP. Mengikut konteks penggambaran filem, istilah ‘cut’ merujuk pada arahan daripada pengarah untuk memberhentikan penggambaran babak. Kami mencadangkan ‘cut’ diberikan padanan ‘berhenti’ atau ‘potong’. | Istilah | 14.12.2018 |
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta festival tersebut ialah masyarakat bukan Melayu. DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang. | Lain-lain | 27.07.2013 |
Salam sejahtera, Di dalam ayat dialog yang berikut "kulitnya hitam-hitam ah"; adakah perkataan "hitam-hitam" ini diterima sebagai kata ganda? Sekian, terima kasih! | Untuk makluman, dialog merupakan bahasa percakapan dan bahasa percakapan tidak ada kawalan kerana manusia berkecenderungan bercakap apa-apa sahaja yang diinginkan. Walau bagaimanapun, kata ganda hitam-hitam boleh diterima sebagai kata ganda. Contoh dalam ayat, Hitam-hitam si tampuk manggis, putih-putih melati, merah-merah delima. | Tatabahasa | 06.07.2020 |
Habil Perak THURS 07:31 Assalamualaikum tuan. Saya ingin bertanya, bolehkah orang awam seperti saya pergi ke DBP dan perlukah saya membayar harga masuk. Bolehkah juga saya memasuki pusat dokumentasi melayu DBP untuk melihat manuskrip melayu untuk tujuan pendidikan. Terima kasih | Waalaikumussalam... Untuk makluman tuan, untuk datang ke DBP tidak memerlukan sebarang bayaran untuk masuk. Di DBP kami ada menyediakan Perpustakaan di aras 4 untuk tuan/puan gunakan untuk mencari bahan rujukan yang diinginkan. Sekian terima kasih | Lain-lain | 23.03.2017 |