a. tuan adalah dijemput hadir ke kursus tersebut. b.tuan adalah dijemput hadir kursus tersebut. Ayat a atau b yang betul? sekiranya b, dalam keadaan manakah KE boleh digunakan? | Ayat yang betul ialah Tuan dijemput hadir ke kursus tersebut. | Tatabahasa | 07.10.2014 |
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasih | Maksud: 1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang) 2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. | Istilah | 19.06.2014 |
ADAKAH BETUL PENGGUNAAN AYAT DI BAWAH; TUAN DIJEMPUT HADIR | Untuk makluman, ayat tersebut tergantung. Contoh ayat yang betul ialah Tuan dijemput hadir ke kursus tersebut. | Tatabahasa | 01.10.2015 |
Soalan 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah :- 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Rujuk 7 soalan di atas, mana satu perkataan yang betul dan sesuai. Terima kasih. | 1) Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Diantaranya / antaranya adalah/ialah : Pihak kontraktor hendaklah menghantar beberapa dokumen berkaitan. Antaranya ialah ... 2) Tuan - tuan dijemput hadir ke / dalam / untuk mesyuarat ini. Tuan-tuan dijemput hadir dalam mesyuarat ini. 3) Lain - lain hal berkaitan / hal lain - lain berkaitan Hal-hal lain berkaitan 4) Goreng pisang / pisang goreng pisang goreng 5) Sos tomato / tomato sos Sos tomato 6) Kerja - kerja penyelenggaraan / penyenggaraan mestilah dilakukan secepat yang mungkin Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 7) Penyenggara landasan / penyelenggara landasan Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama.
| Tatabahasa | 23.04.2013 |
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan dijemput sebagai Tetamu VIP di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Sehubungan itu, Kehadiran tuan puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Sekian terima kasih. | Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput sebagai tetamu kenamaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Atas perhatian dan kesudian tuan untuk hadir dan menjadi tetamu kenamaan dalam majlis ini amatlah dihargai. Sekian. terima kasih. | Tatabahasa | 21.02.2018 |
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. | 1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah. 2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah. 3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum. | Tatabahasa | 27.03.2014 |
Tuan, Ayat "Para tetamu dijemput untuk menjamu selera." dikira ayat majmuk tak? | Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
Bolehkah pihak DBP Sabah dijemput ke sekolah untuk memantapkan lagi tatabahasa murid - murid di sekolah menengah | Sila hubungi Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Hajah Asmiah binti Haji Ajamain di talian 088439217 atau e-mel asmiah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.02.2015 |
Dengan segala hormatnya dato'/tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Soalan: Adakah ejaan dato'/tuan/puan itu perlu huruf besar atau kecil (huruf d, t dan p)? | Ejaan Dato' sahaja huruf besar kerana gelaran tersebut gelaran khas yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong/Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertuan Negeri. | Lain-lain | 02.02.2017 |
Mohon pencerahan adakah perkataan PERASMI (merujuk kepada penama yang dijemput merasmikan majlis / acara) wujud dalam BM kerana sekarang sering digunakan oleh orang ramai termasuk institusi pendidikan sendiri. | Mengikut Kamus Dewan Perdana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud "perasmi" ialah "orang yang merasmikan sesuatu". Contoh ayat: "Mereka berdiri di hadapan pintu dewan menunggu kedatangan perasmi seminar itu". | Makna | 14.02.2023 |