Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikalangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan dikalangan..yang mana betul : dikalangan atau di kalangan? perkataan berserta..yang mana betul berserta atau beserta?Jawapan yang betul ialah 1. Frasa yang betul ialah dalam kalangan kerana kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 2. Ejaan yang betul ialah berserta.Lain-lain28.10.2010
1) DIKALANGAN ATAU DI KALANGAN? ( DI.. JARAK KE TIDAK) 2) KENAPA? TQKalangan bermaksud lingkungan atau golongan dan penggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa16.07.2014
Penggunaan perkataan dikalangan. Mana satukah yang betul? dikalangan ataupun di kalangan?Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Oleh itu, untuk tujuan peperiksaan kami cadangkan frasa "dalam kalangan" digunakan.Tatabahasa22.03.2016
mohon kepastian ejaan dan perbendaharaan kata: 1. apakah ejaan yang betul untuk ibubapa atau ibu bapa? 2. mana ejaan yang sesuai "dikalangan remaja" atau "dalam kalangan remaja"?. contoh ayat: masalah jenaya dikalangan remaja atau dalam kalangan remaja masa kini semakin membimbangkan. 3. adakah penggunaan perkataan "kebagusan" dalam ayat berikut sesuai?. semakin ramai guru maka semakin baik tahap kebagusan perhatian terhadap pembelajaran pelajar. mohon cadangkan ayat yang lebih baik. terima kasih untuk bantuan tuan.1. Ejaan yang betul ialah ibu bapa.
2. Frasa yang betul ialah dalam kalangan remaja.
3. Pada pandangan kami, perkataan kebagusan perlu digugurkan dalam ayat tersebut menjadi "semakin ramai guru maka semakin baik tahap perhatian terhadap pembelajaran pelajar".
Tatabahasa11.04.2014
Masalah Kemahiran Membaca Dikalangan Muird Tahap satuSoalan yang dikemukakan terlalu umum dan berbentuk tugasan kuliah. Untuk makluman puan, Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta kekeliruan dalam tatabahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pelajar IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Soalan sebegini di luar skop perkhidmatankami kerana ia  memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran.Lain-lain16.04.2013
dalam kalangan atau dikalanganPenggunaan yang betul ialah dalam kalangan.Tatabahasa19.10.2007
PERGERTIAN JENAYAH BERAT DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAHSila rujuk bahan ini : Imbangan antara melindungi masyarakat dengan kepentingan penjenayah A. M. Nizam Dewan Masyarakat 01/10/1996 Jenayah tidak lagi bersifat tempatan" [Diwawancara oleh A. Zaidel A. Jamil] Musa Datuk Haji Hassan, Tan Sri, Dewan Masyarakat Jangan biarkan jenayah terus meningkat Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1998 Jenayah di kalangan pelajar Dewan Siswa 01/07/1987 . Jenayah pelajar meningkat Aidilnur Ahmad Wahiduddin Dewan Siswa 01/06/1993 . Jenayah remaja meningkat? Noha Abdullah Dewan Siswa 01/04/1990 Terperinci Jenayah remaja, siapa bersalah? Zuraida Jaafar Dewan Siswa 01/08/1983 Punca peningkatan kes jenayah Dewan Masyarakat 01/01/2005 Terperinci Remaja dan jenayah Amiruddin Md. Akhir Dewan Siswa 01/07/1995Lain-lain08.09.2007
Cara mengatasi kesalahan tanda baca dikalangan murid-murid.Secara umumnya setiap fungsi tanda baca harus dijelaskan kepada pelajar dan bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan mereka terhadap fungsi tersebut latihan akan diberikan. Sebagai guru semestinya saudara lebih memahami akan permasalahan dan ini dan melalui komunikasi (lisan/tulisan)dengan pelajar pasti saudara dapat mengesan tahap pemahaman mereka.Lain-lain29.03.2013
Manakah betul,dalam kalangan atau dikalangan?Frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan" bukan "di kalangan" kerana sendi nama "di" merujuk tempat. Kata kalangan bermaksud lingkungan atau golongan. Sekiranya sendi nama "di" dibubuh pada kata ini, menjadi "di golongan", maka "di" tidak sesuai dipadankan dengan "kalangan". Penggunaan "dalam kalangan" betul kerana menunjukkan "termasuk", "bersama-sama" atau "terlibat samaLain-lain18.05.2010
Assalamualaikum tuan, sekolah kami ada penulis dikalangan guru yang telah menulis manuskrip berkisar novel remaja sekolah agama. Adakah kami berpeluang menerbitkan novel kami di bawah DBP?Salam sejahtera,

PENERBITAN NOVEL DBP

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) novel dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras (hard copy) manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini.
  • Novel minimum 200 halaman (dewasa)
  • Sediakan sinopsis novel
  • Sediakan surat penyerahan manuskrip.
  • Manuskrip boleh die-melkan kepada Ketua Editor: nurjulia@dbp.gov.my

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Ketua Editor Bahagian Buku Sastera,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

Lain-lain25.03.2022
123

Kembali ke atas