Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilabel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel

Tatabahasa12.06.2010
perkataan yang diklasifikasikan bp iaitu bahasa percakapan tidak boleh digunakan dalam penulisan. Apakah jenis klasifikasi lain yang tidak boleh digunakan dalam penulisan pelajar sekolah?Perkataan yang dilabel sebagai "bp" tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah penulisan rasmi dalam pembelajaran. Pelajar hendaklah merujuk dan mengambil contoh perkataan dalam Kamus Pelajar bagi memilih penggunaan kata yang sesuai.Tatabahasa06.11.2015
bagaimana menterjemahkan bahasa indonesian ke bahasa malaysia? berbeza=berbeda? cuti=libur? ada rujukan?Tidak ada rujukan khusus tentang terjemahan daripada bahasa Indonesia ke bahasa Malaysia. Dalam Kamus Dewan perkataan Indonesia dilabel sebagai id, jika tuan memerlukan terjemahannya bolehlah mencari perkataan yang sama maknanya dalam bahasa Melayu.Lain-lain25.07.2013
Antara kata nama atau adjektif yang merujuk hari relatif, seperti esok, lusa, tulat, dan tubin, saya menemui entri cekelong (cĕ·kĕ·long) dalam kamus KBBI yang bermaksud "hari kelima setelah hari ini". Entri tersebut juga dilabel MBl yang bermaksud "dialek Melayu Belitung" dalam laman sesawang tersebut. Boleh lihat URL → https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/cekelong ● Carian saya di PRPM tidak menemukan cekelong. ● Adakah wujud padanan seerti untuk "hari kelima setelah hari ini"?​ Ataupun bolehkah cekelong dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam entri PRPM?1. Tiada kata "cekelong" dalam Pangkalan Data DBP, khususnya dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Oleh sebab kata ini kata dialek dan penggunaannya dalam penulisan umum di Malaysia juga tidak diperoleh, maka perakaman kata ini dicadangkan disenaraikan dalam calon kata baharu untuk glosari/kamus dialek.
2. Tiada padanan bagi maksud tersebut.
3. Kata ini boleh dicadangkan dalam Saran Kata di Gerbang Kata, PRPM.
Lain-lain16.04.2023
Saya mencari kamus untuk rujukan betul kan ayat. Contoh di rumah atau dirumah..di jauh atau di dekat..terima kasih.Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di"digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: disusun, dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. Maka contoh yang betul ialah di rumah Tatabahasa15.05.2020
Kata terbitan imbuhan awalan untuk kata kerja ada imbuhan di (membentuk kata pasif untuk org ketiga contoh disusun) Adakah di bawah,di depan,di luar,di tepi golongan tersebut Dan ejaan betul di susun/disusun atau di bawah / dibawah (perbezaan rapat ke tidak)Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di bawah, di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di"digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: disusn, dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabelTatabahasa07.08.2018
saya ingin mengetahui imbuhan "di".Adakah perkataan "diabel" perlu dieja rapat atau perlu di jarakkan "di label".Di sini saya perlukan kepastian perkataan imbuhan "di" yang betul.

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel

Tatabahasa12.06.2010
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasihUntuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber.Lain-lain10.10.2011

Kembali ke atas