Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilancarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagai pucuk dilancarkan

Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).

= Amat cepat.

Makna04.02.2009
Ayat mana yang betul untuk pengunaan 'dari' 'daripada' bagi contoh ayat di bawah: Perodua Myvi baharu dilancarkan secara rasmi dengan harga ditawarkan bermula dari RM45,700 hingga RM58,800. Perodua Myvi baharu dilancarkan secara rasmi dengan harga ditawarkan bermula daripada RM45,700 hingga RM58,800.Ayat yang betul:

Perodua Myvi baharu dilancarkan secara rasmi dengan harga yang ditawarkan bermula daripada RM45,700.00  hingga RM58,800.00.
Tatabahasa14.12.2022
Saya ingin membuat pengesahan "tagline" untuk kempen yang akan dilancarkan di syarikat kami : KUALITI BERMULA DENGAN SAYA Diharap encik dapat membuat pengesahan mengenai slogan kata kempen kami. Terima KasihFrasa "Kualiti bermula dengan saya", betul dari aspek bahasa. Bgitu juga dengan frasa "Kualiti bermula daripada saya". Pandangan kami, sebagai pihak yang berwenang puan lebih memahami maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa16.03.2015
Assalamualaikum... Tuan, saya ingin bertanya berkaitan dengan latar belakang PRPM. 1. Bilakah PRPM mula dilancarkan? 2. Bolehklah saya simpulkan bahawa PRPM ialah salah satu e-kamus? Sekian, terima kasihPusar Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) merupakan kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia untuk pengguna internet membuat rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Enjin carian ini membolehkan pengguna mencari maklumat secara holistic yang merentasi semua pangkalan data DBP, Laman DBP dan Laman Bahasa dan Persuratan Melayu yang ditentukan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut, e-melkan pertanyaan tuan kepada sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain13.08.2014
Cikgu, ayat di bawah yang manakah adalah betul? Halaman berapa Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga yang harus saya rujuk berkait dengan soalan ini? 1. Album terkini Taylor Swift iaitu "Single 22" telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. 2. Album Taylor Swift "Single 22" yang terkini...... 3. Album Taylor Swift terkini "Single 22"...... 4. Album terkini "Single 22" Taylor Swift...... 5. Album Taylor Swift "Single 22" terkini...... (telah gugurkan "yang" dalam ayat 2) Tolong berikan penerangan dan rujukan halaman Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Saya sangat berterima kasih atas usaha DBP.Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah Album terkini Taylor Swift, iaitu Single 22 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu lepas. Tatabahasa13.05.2014
soalan saya: 1.Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah perkataan 'disempurnakan' sinonim paling tepat :- a. dijalankan b.dilancarkan c.diselesaikan d.dilakukanJawapannya ialah 'Acara penutupan disempurnakan oleh..... Perkataan lain yang saudara/saudari lampirkan tidak tepat. Terima kasih.Tatabahasa23.05.2008
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
apa itu bahasa sms dan apakah cabaran terhadap bahasa melayu?Khidmat Pesanan Ringkas (short message service - SMS)  merupakan suatu khidmat yang begitu popular dalam kalangan pengguna telefon bimbit. SMS telah dilancarkan secara komersial di Malaysia pada tahun 1995. Bahasa SMS ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi secara tulisan melalui saliuran SMS, dan bahasa yang lazim digunakan ialah bahasa yang tidak baku atau bahasa basahan. Bahasa ini dari aspek leksikalnya mempunyai unsur-unsur capmuran antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa daerah / dialek. Penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS, terutamanya dalam SMS yang disiarkan di TV telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ahli bahasa kerana gejala ini boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa Melayu. Dalam hal ini, DBP sedang mengusahakan buku Panduan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai rujukan pengguna, dan  khususnya dalam penggunaan SMS bagi tujuan rasmi.  Makna30.03.2008
assalamualaikum, saya ialah penulis buku teks sains tahun 5 kssr. saya menghadapi masalah mencari satu perkataan yang sesuai untuk aktiviti yang saya tulis. apakah perkataan yang sesuai untuk roket air yang saya lancarkan di udara? perkataan melayang atau perkataan terbang. sebagai contoh; saiz roket yang manakah akan melayang tinggi di udara apabila dilancarkan? atau saiz roket yang manakah akan terbang tinggi di udara apabila dilancarkan? terima kasihAdakah konsep roket air sama seperti roket biasa yang meluncur ke udara? Jika sama, kata kerja yang sesuai untuk menerangkan hal keadaannya itu ialah meluncur, seperti yang banyak ditemukan dalam penulisan tentang roket, contohnya tapak peluncuran.Tatabahasa19.01.2014
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit.Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakit. Tatabahasa02.03.2008
12

Kembali ke atas