Salam. Berkenaan perkataan "USRAH" dan "TARBIAH" 1) Bilakah ia mula dimasukkan kedalam kamus dewan? (Edisi berapa?, tahun bila?) 2) Kenapakah Istiah ini dimasukkan ke dalam bahasa melayu? siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan ini? 3)apakah kriteria dan syarat sesuatu perkataan itu diambil untuk dimasukkan kedalam kamus dewan? Terima kasih | 1. Perkataan Tarbiah telah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Pertama, 1970. Perkataan usrah dimasukkan dalam Kamus Dewan, Edisi Kedua, 1984. 2 & 3. Antara fungsi kamus ialah merakamkan perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Kamus disusun oleh Ketua Editor dan sekumpulan pakar dan pegawai Bahagian Perkamusan, DBP. Kamus Dewan Edisi Pertama diketuai Teuku Iskandar dan Kamus Dewan Edisi Kedua diketuai Sheikh Othman bin Sheikh Salim. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Perkamusan DBP, Dr. Fadilah Jasmani di alamat fadilah@dbp.gov.my atau 03-21479000. | Makna | 24.03.2014 |
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih. | Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada, peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung", ...semua data murid perlu dimasukkan. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ? | Perkataan yang sesuai ialah lembut. Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Tuan, adakah frasa "dimasukkan ke dalam kamus" tepat tatabahasanya? Saya bertanya demikian kerana pada faham saya, "ke dalam" frasa sendi nama arah yang digunakan untuk benda yang beruang dan ruangnya nyata kelihatan. Dengan ada ruang yang nyata, barulah benda itu dapat dimasuki sesuatu dan dengan itu barulah frasa sendi nama arah "ke dalam" digunakan! Namun begitu, ruang "kamus" tidak kelihatan dan hanya dapat dibayangkan dalam fikir, maka ruang "kamus" dinamai ruang abstrak. Ruang abstrak "kamus" ini berisi kata, ilmu, ayat dan sebagainya. Kerana ruang "kamus" abstrak, maka tidak bolehlah digunakan frasa sendi nama arah "ke dalam" yang menyatakan ruang nyata! Saya berpendapat bahawa sendi nama "dalam" yang lebih patut digunakan kerana mencitrakan ruang abstrak, seperti dalam persidangan, dalam hal. Maka frasa yang betul "dimasukkan dalam kamus", misalnya: Bentuk bahasa yang sudah diterima oleh pemerintah harus dimasukkan dalam kamus - dimasukkan dalam kamus, bukan ke dalam kamus kerana ruang kamus abstrak. | Frasa "dimasukkan ke dalam kamus" adalah salah. Ayat yang betul ialah "dimasukkan dalam kamus" | Tatabahasa | 23.12.2016 |
apakah penggunaan yang betul dimasukkan atau dimasukan terima kasih | Ejaan yang betul ialah DIMASUKKAN. | Ejaan | 29.07.2017 |
Mengapakah tatabahasa dewan tidak menganggap kata adverba sebagai golongan kata utama? | Tidak ada maklumat yang mengaitkan kenapa kata adverba tidak dimasukkan dalam golongan kata utama oleh penyusun Tatabahasa Dewan. Kata adverba dimasukkan atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baharu yang akan diterbitkan oleh DBP. Kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
Adakah kata 'Malaysiana' akan dimasukkan dalam kamus baharu dbp? (Malaysiana - apa - apa yang terkait Malaysia). | Setiap kata yang dimasukkan dalam kamus akan melalui proses pemilihan dan saringan yang standard. Fungsi kamus adalah untuk merakam perkataan yang lazim digunakan oleh masyarakat. | Lain-lain | 25.12.2018 |
Bilakan istilah leksikologi pertama kali dimasukkan dalam Kamus Dewan? | Dr. Nathesan, Istilah leksikologi pertama kali dimasukkan di dalam Kamus Dewan pada tahun 1994, iaitu di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam. | Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Adakah makna perkataan 'blog' dan adakah perkataan 'blog' sudah dimasukkan di dalam mana-mana kamus terbitan DBP setakat 2007 | perkataan ini belum dimasukkan ke dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 21.04.2008 |