Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimohon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah kata 'dimohon' digunakan? 2. Bolehkah kata 'dipohon' digunakan? 3. minta tolong berikan 2 contoh ayat yang menggunakan kata 'dimohon'. 4. yang mana satu ayat yang berikut betul; 4.1 Kerjasama tuan dipohon... atau 4.2 Kerjasama tuan dimohon... 5. diminta tunjukkan tempat atau rujukan yang lebih terperinci berkaitan kata 'dimohon dan dipohon'.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon : 1.  bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, "Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?" maka sembahnya, "~ patik, tuanku";

Perkataan pohon juga bermaksud memohon meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1040 dan 1220 untuk maklumat lanjut.  



Tatabahasa03.04.2014
Salam 1Malaysia, saya ingin mendapatkan pandangan DBP berhubung penggunaan perkataan dipohon atau dimohon yang lebih tepat penggunaannya. Cth: Dipohon kerjasama tuan untuk.... @ Dimohon kerjasama tuan...

Tuan

Jawapan yang lebih tepat ialah dimohon atau mohon sahaja.

Tatabahasa20.07.2010
Adalah dimohon kepada pihak tuan untuk mengesahkan penggunaan kurungan ( ) atau [ ] dalam ruangan tandatangan memo. Apakah beza penggunaan (Elia Nadira Zainudin) dan [Elia Nadira Zainudin].Tanda kurung ( ) lazimnya digunakan dalam untuk tujuan tertentu seperti mengapit singkatan atau akronim; mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan; mengapit angkat atau abjad yang emunjukkan bilangan; dan mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. Tanda kurung siku [ ] digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks; mengapit tahun dalam tatacara sebutan kes; mengapit ayat penjelas; dan mengapit matrik yang lebih daripada dua baris. Contoh yang suadara berikan tidak jelas, walau bagaimanapun penggunaan kedua-dua tanda tersebut boleh disesuaikan mengikut huraian yang diberi.Ejaan16.11.2012
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
Dalam persuratan rasmi kerajaan apakah perkataan yang paling sesuai dan betul untuk meminta sesuatu "dipohon" atau "dimohon" dan sila jelaskan apakah maksud "dipohon" dan "dimohonBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohonTatabahasa23.10.2014
Perbezaan penggunaan perkataan dipohon dan dimohon.Kedua-dua perkataan tersebut terakam dalam Kamus Dewan Bahasa. Perkataan yang lebih tepat ialah dimohon yang merujuk kepada makna meminta.Makna27.03.2019
Apakah perkataan yang tepat bagi urusan rasmi - DIMOHON / DIPOHON? Sekian, terimakasih.penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.Tatabahasa06.08.2012
Adalah perkataan "dimohon" sesuai digunakan dalam surat menyurat rasmi Kerajaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon.Tatabahasa15.03.2013
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
manakah yang betul - dipohon atau dimohon

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin; manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus.  Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat yang lebih tepat dan sesuai digunakan ialah dimohon.

Tatabahasa23.02.2011
1234

Kembali ke atas