| mohon pertanyaan dimuatnaik dieja rapat atau jarak contoh: a.dimuatnaik b.dimuat naik | Ejaan yang betul ialah dimuat naik. | Ejaan | 02.08.2013 |
| Tuan/Puan, Saya telah buat bayaran untuk pendaftaran papan iklan perniagaan pada hari 21/03/2018, tetapi statusya belum bayar lagi. Bukti pembayaran telah dimuat naik dalam lampiran fail. Terima kasih. | 1. Sila maklumkan secara terperinci nombor permohonan iklan tuan untuk tindakan kami selanjutnya. | Lain-lain | 26.03.2018 |
| BAGAIMANA NAK MEMBACA SECARA ONLINE BUKU PUTERI MELOR SEKUMTUM | Salam, Cerita Puteri Melur Sekuntum Untuk makluman, cerita Puteri Melur Sekuntum merupakan petikan cerita yang diambil daripada Buku Prosa Warisan oleh Aripin Said yang telah dimuat naik dalam bentuk poster melalui Media sosial rasmi DBP. Oleh itu, lanjutan daripada cerita Puteri Melur Sekuntum itu bolehlah diperoleh daripada Buku Prosa Warisan tersebut. Berdasarkan semakan dalam portal dbpniaga, buku tersebut masih ada stok. Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: · Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 · Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) · DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 · DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 · DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 · atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih
| Lain-lain | 16.06.2021 |
| 1. Adakah terdapat perbezaan penggunaan "dijumpai" dan "ditemui"? Misalnya, untuk teknologi maklumat, terjemahan tepat untuk "the search string is not found" adalah "istilah carian tidak ditemui" atau "istilah carian tidak dijumpai"? 2. Tolong jelaskan penggunaan "boleh" dan "dapat" secara terperinci. Misalnya, dalam ayat: "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Adakah "dapat" digunakan dengan betul atau patutkah "boleh" digunakan dalam ayat tersebut, dan kenapa? 3. Tolong jelaskan penggunaan "dari" dan "daripada" secara terperinci. Misalnya, (a) "Pilih jenis medan yang sesuai dari senarai juntai bawah" - adakah dari atau daripada yang tepat, dan kenapa? (b) Untuk mengemas kini tarikh akhir tandatangan, anda mesti masukkan tarikh yang lebih lewat daripada hari ini. 4. Tolong bezakan bila "hingga" dan "sehingga" patut digunakan? Terima kasih. | - Perkataan “ditemui” lazimnya merujuk sesuatu yang ditemukan melalui usaha, kajian, atau penyiasatan. Perkataan “dijumpai” pula merujuk kepada sesuatu yang terjumpa atau didapati, kadang-kadang secara kebetulan. Dalam ayat contoh yang diberikan, ayat yang gramatis ialah "istilah carian tidak ditemui". Huraian lanjut berkaitan dengan maksud dan contoh penggunaan perkataan “ditemui” dan “dijumpai” boleh dirujuk melalui Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 919 dan 2314.
- Perkataan “boleh” dan “dapat” membawa makna yang sama, iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan atau diizinkan. Contoh pemilihan kata dalam ayat yang diberikan adalah betul. "Templat dokumen anda tidak dapat dimuat naik kerana terdapat ralat." Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkataan “boleh” dan “dapat”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 311 dan 477.
- Jawapan bagi pertanyaan yang lain adalah seperti yang dilampirkan.
| Tatabahasa | 23.12.2025 |
| Apakah padanan bahasa Melayu untuk konsep dan istilah tagging dan geotagging yang selalu digunakan dalam media sosial? Tagging merupakan perbuatan yang selalunya dilakukan di Facebook untuk membuat kenalan melihat kiriman yang dikongsikan dengan menulis nama mereka. Geotagging pula digunakan di Instagram untuk memadankan gambar yang dimuat naik dengan lokasi (koordinat GPS) di mana gambar itu diambil. | Dalam Kamus Komputer, pengetagan titik semakan (checkpoint tagging) ialah proses menandakan tempat tertentu dalam atur cara sebagai titik semakan bagi tujuan penyemakan atur cara. Berpandukan ini, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk tagging ialah "pengetagan", manakala geotagging ialah pengetagan lokasi. | Istilah | 01.11.2018 |
| Adakah perkataan selfie merupakan perkataan baharu dalam kamus?? jika benar.. apakah maksud perkataan tersebut serta perkataan selfie merupakan kata dasar bagi apa?? | Berdsarkan dapatan di Internet, Selfie ialah sejenis gambar potret diri sendiri yang diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon, dan biasanya diambil dalam sudut tertentu oleh empunya gambar itu sendiri sebelum ia dimuat naik ke laman sosial. Menurut data perkataan selfie terakam pada tahun 2002 lagi di Australia, namun perkataan ini menjadi popular pada tahun 2013 lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan tokoh dunia. Perkataan selfie hanya ditemukan dalam Kamus Oxford versi dalam talian. Perkataan selfie belum ada dalam data kami, oleh itu penggunaannya dalam tulisan perlu diitalikkan.
| Istilah | 11.01.2014 |
| Saya pelajar peringkat ijazah sarjana di UKM dalam proses menyiapkan tesis saya. Persoalan saya berkaitan dengan pengistilahan yang saya gunakan untuk digunakan dalam penulisan malah dalam kertas kerja yang bakal saya bentangkan di persidangan mahupun yang diterbitkan di dalam jurnal. Saya juga ingin memetik (quote) penjelasan tentang istilah ini di dalam kajian saya, agar sekiranya terdapat rujukan yang akan datang boleh menggunakan istilah yang sama. Bahasa Inggeris /Bahasa Malaysia Technological Pedagogical Content Knowledge/ Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan* Technological Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogi Technological Content Knowledge/Pengetahuan Teknologi Kandungan Pedagogical Content Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Kandungan* Technological Knowledge/Pengetahuan Teknologi Pedagogical Knowledge/Pengetahuan Pedagogi Content Knowledge/Pengetahuan Kandungan Untuk pengetahuan pihak tuan, saya pernah terjumpa beberapa artikel yang diterbitkan dalan jurnal dan yang ditulis oleh pensyarah-pensyarah bahasa sendiri yang menggunakan istilah bertanda *. Sekiranya dapat disahkan istilah ini dan dimuat naik ke dalam portal PRPM atau DBP lebih baik. Terima kasih | Untuk makluman puan, semua istilah yang dikemukakan belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, puan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan dan disahkan. | Istilah | 10.09.2012 |