| Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. | (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut) (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung. Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. | Tatabahasa | 07.03.2014 |
| Salam DBP, saya berpendapat entri-entri untuk "legislate" dan "enact" harus diperbetulkan sedikit. Dalam PRPM, kedua-dua kata ini diterjemah dengan kata akar "gubal." Untuk kata "legislate," penggunaan kata gubal itu betul sebab di parlimen undang-undang baharu dibentuk dan/atau (sebahagian) undang-undang sedia ada ditambah atau ditarik balik. Namun begitu, "to enact" bermaksud "to enforce," iaitu mempraktikkan (dalam masyarakat melalui badan-badan penguasaan) undang-undang yang sudah digubal dan dilulus melalui proses-proses dalam parlimen. Terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'legislate' ialah menggubal manakala 'enact' bermaksud ialah memperbuat dalam bidang undang-undang
| Makna | 07.11.2021 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan, Apakah cara penggunaan yang betul untuk "diperbetul" dan "diperbetulkan" ? Mana satu yang betul daripada aspek tatabahasa? Terima kasih | Aspek makna awalan diper-: i. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan sebagai maksud perbuatan kata dasar dan sering mebawa makna kiasan. ii. Awalan diper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna dijadikan lebih atau bertambah, bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. iii. Awalan diper-, apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu. Aspek makna apitan diper-kan: I. membawa pengertian terjadi atau disebabkan, ii. membawa pengertian menyebabkan sesuatu perbuatan yang terkandung dalam kata kerja yang dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, perkataan yang betul ialah diperbetul kerana betul merupakan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
| Assalamualaikum wbt. Soalan saya ialah : Zikir malam berpanjanglah. Betulkan perkataan "Berpanjanglah" ? Kalaumsalah mohon diperbetulkan. | Perkataan berpanjang wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan "berpanjanglah" telah menerima partikel -lah. Ayat yang lebih betul ialah "Berpanjanglah zikir malam". | Tatabahasa | 21.04.2013 |
| Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas. | Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus. Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak. | Lain-lain | 09.06.2009 |
| Semakan bagi teks pas sempadan - Jabatan Imigresen Malaysia | lampiran salinan yang telah disemak dan diperbetulkan kesilapan pada penggunaan tanda baca dan perkataan | Tatabahasa | 24.02.2014 |
| Adakah betul ayat berikut : 1. "Tidak berapa lama kemudian....." : penggunaan berapa 2. "Mohon dibetulkan @ Mohon diperbetul @ Mohon diperbetulkan". Terima kasih. | 1. Penggunaan "berapa" dalam ayat satu (1) betul. 2. Mohon betulkan | Tatabahasa | 03.09.2015 |
| Ah, pergi 'jalanlah' dengan nasihat itu! Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih. | Ayat tersebut boleh diperbetulkan menjadi, "Ah, jangan peduli akan nasihat itu!" | Tatabahasa | 30.06.2009 |
| Senarai sekolah yang perlu dinaiktaraf mengikut diselesaikan pada Mac 2015.. dinaiktaraf atau dinaiktarafkan ? Adakah betul ayat in?kalau tak betul..dipohon diperbetulkan..terima kasih.. | Ejaan yang betul ialah dinaik taraf. Sila betulkan ayat tuan kerana maksud yang hendak disampaikan tidak kami fahami dan sukar untuk dibuat pembetulan. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
| Mohon pihak DBP membezakan istilah 'anteater' dan 'pangolin' dalam pangkalan data. Kedua-duanya diberi padanan tenggiling walhal haiwan berbeza. Ini penting. Minta sangat diperbetulkan dengan segara supaya dapat menghindari kesilapan dalam bidang biologi. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |