Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperkenalkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih.Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti.  Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka.  Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang  membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi KetigaMakna25.07.2011
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian.Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian.Tatabahasa12.05.2008
konsep dan sejarah perkembangan kesusasteraan MelayuSecara ringkas perkem. kesus. Melayu bermula sejak zaman Abdullah Munsyi dan Hamzah Fansuri. Zaman Abdullah diambil kira apabila mesin cetak diperkenalkan waktu itu. Manakala Hamzah Fansuri dan karya-karyanya dianggap permulaan zaman intelektual yang diperkenalkan melalui karya-karya beliau yang terdapat ciri-ciri internasional, saintifik, dan Islamik. Selain itu kesusasteraan Melayu juga mengambil kira sastera lisan, sastera kitab, cerita2 binatang sebagai cerminan masyarakat waktu itu. Untuk lebih lanjut sdr perlu melihat dan membaca buku2 berkaitan ttg kesusasteraan Melayu karya Ismail Hussein, Hooykas, Lew Yock Fang dan sarjana2 mutakhir. Terima kasih.Lain-lain05.01.2007
Mengapa komponen sastera perlu diperkenalkan dalam matapelajaran Bahasa Melayu sedari sekolah rendah lagi.?.supaya dapat melahirkan pelajar yang mempunyai nilai jati diri sedari kecil lagi. (untuk makluman lanjut, sila rujuk pelan PPIP )Lain-lain22.08.2007
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih.Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana.Istilah23.04.2013
MAKSUD INOVASI(i) SESUATU YANG BARU DIPERKENALKAN SEPERTI KAEDAH, SISTEM, ADAT DLL YANG BARU. (ii) PERIHAL (TINDAKAN DSB) MENGADAKAN, MEMULAKAN, DSB SESUATU YANG BARU.Lain-lain02.12.2010
Selamat Pagi. Soalan saya, sedikit masa lalu kita diperkenalkan dengan penggunaan bahasa baku. pada hari ini saya dapati tiada lagi penggunaan bahasa baku. Namun penggunaan bahasa baku masih diamalkan di Singapura. Apa status bahasa baku di Malaysia. Masihkah lagi diamalkan? Jika tidak, mengapa? Mohon penjelasan pihak tuan.Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata.  Komponen yang terdapat dalam bahasa baku termasuklah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.  Walau bagaimanapun sebutan baku dihentikan pada tahun 2000 (bermula pada 1998) tanpa ada alasan yang kukuh. Proses pengukuhan sedang diusahakan dan DBP tetap berpegang pada sebutan baku kerana salah satu fungsi DBP ialah membakukan sebutan, ejaan dan istilah. Jika semua bahasa ada sebutan baku, maka bahasa Melayu juga harus ada sebutan baku.Lain-lain03.10.2012
Salam, saya ingin tahu tahun berapakah mulanya ejaan rumi diperkenalkan di Tanah melayu, adakah sejak Munshi Abdullah lagi? Setahu saya zaman Abdullah munsyi menggunakan ejaan jawi dalam semua aspek penulisan baik penterjemahan dari B.Inggeris dan persuratan. Siapakah yang menerajui atau memperkenalkan ejaan rumi di tanah melayu?

    Merujuk Ensiklopedia Bahasa Melayu, sistem ejaan dan tulisan bahasa Melayu yang berasal daripada huruf Latin (Roman) dan mempunyai sejarah lebih daripada 450 tahun. Huruf  Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1521. Bermula pada abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Roman oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Penggunaan huruf Roman untuk menulis kata-kata Melayu ini dapat dilihat dalam catatan dan tulisan yang dihasilkan dalam tempoh hingga akhir abad ke-17. 
    Untuk makluman tuan dalam perancangan bahasa Melayu tumpuan diberikan kepada aspek pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

 

    Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

  

    a.      Sistem Ejaan Wilkinson (1904) – ejaan sekolah Melayu di Malaya.

    b.      Ejaan Za’ba (1949) – ejaan sekolah hingga 1972;

    c.      Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945-1954);

    d.      Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas  ‘50’ (Angkatan Sasterawan ’50)

    e.      Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) – ejaan majalah Bahasa

    
    Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di  Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959.  Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dilaksanakan.  Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972.  Di Malaysia sistem ini dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.
 

        

Tatabahasa19.03.2013
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN TEMA BULAN BAHASA SEJAK IA DIPERKENALKAN SEHINGGA 2010. HARAP DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Puan, dilampirkan tema Bulan Bahasa Kebangsaan seperti yang diminta.

 

Lain-lain24.10.2010
123456

Kembali ke atas