Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipisahkan

Peribahasa

Air ditetak tiadakan putus.

Bermaksud :

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Air dicencang tiada putus).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih!Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan.Ejaan12.03.2020
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih.

Saudara,

Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut:

i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang.

ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat.

Tatabahasa09.09.2009
Apakah perkataan "Ku akan" disambungkan atau dipisahkan?Jawapan yang betul ialah "ku akan". Ejaan bagi perkataan ini hendaklah dijarakkan, melainkan perkataan "ku" diikuti kata kerja. Contohnya "kubermain". Bagaimanapun, kependekan di belakang hendaklah dieja bersambung, contoh "bersamamu". Terima kasih.Tatabahasa06.09.2007
Adakah penulisan bagi perkataan singkatan tidak lagi perlu dipisahkan dengan tanda noktah. Contohnya Y. Bhg. ditulis YBhg. Bagaimana pula dengan singkatan perkataan yang lainnya, seperti salinan kepada ditulis s.k. atau sk? Soalan 2: Bolehkah tuan senaraikan 15 perkataan kata majmuk yang telah mantap maksudnya dan dieja satu perkataan. terima kasih.

Puan Nik, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sehingga ke hari ini penggunaan noktah masih digunakan bagi pengejaan kata singkatan, sehinggalah ada kata putus atau arahan baharu daripada JKTBM - jawatankuasa Tetap bahasa Melayu.

Perkataan yang secara mantap dieja sebagai satu perkataan adalah seperti yang berikut antarabangsa, jawatankuasa, kerjasama, kakitangan, suruhanjaya, olahraga, pesuruhjaya, warganegara, tandatangan, cenderamata, matahari, bumiputera, tanggungjawab, setiausaha

Ejaan28.02.2009
1. Jika kata kerja disusuli aku, frasa kerja itu harus disambung atau dipisahkan? Contohnya, membelek-belekku atau membelek-belek aku? Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini.

Saudara,

Jawapannya  frasa kerja itu ditulis terpisah. Walau bagaimanapun kata ganti nama singkat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya.  

Tatabahasa28.02.2010
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata majmuk yang ditulis secara rapat dengan yang dipisahkan . cth matahari, kerjasama,kenalpasti,bualbicara dan lain-lain.Kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Oleh itu ia hendaklah ditulis terpisah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis bercantum kerana dianggap telah mantap, contoh matahari dan kerjasama. Bagi perkataan kenal pasti dan bual bicara hendaklah ditulis berpisah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 218.Tatabahasa06.04.2009
1)yang mana satu betul? - ku siapkan atau kusiapkan?Adakah penggunaan ku perlu dipisahkan atau dijarakkan?Mengapa? 2)Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah dan mengapa? - Hanya Encik Ali dan Encik Mustafa akan pergi ke persidangan itu. 3)Dila masih sedang menyiapkan latihan tatabahasa yang diberikan oleh Cikgu Karim. -Adakah penggunaan "masing sedang" di atas betul?Adakah kita perlu memilih salah satu daripadanya sahaja untuk membentuk yang yang betul?1. Ejaan yang betul ialah kusiapkan.
2. Ayat Hanya Encik Ali dan Encik Mustafa akan pergi ke persidangan itu betul.
3. Pilih salah satu perkataan sahaja sama ada masih atau sedang kerana kedua-dua perkataan itu menunjukkan tempoh waktu yang sama.
Tatabahasa28.06.2012
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Saya ingin mengetahui ejaan perkataan di bawah jika dipisahkan sebutan suku katanya, bagaimanakah sebutan yang sebetulnya? 1. siap ( satu suku kata @ dua suku kata) 2. naik( satu suku kata @ dua suku kata) 3. main( satu suku kata @ dua suku kata) Semoga mendapat perhatian daripada pihak tuan/ puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian, terima kasih.Dikira dua suku kataIstilah03.09.2010
123456

Kembali ke atas