Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirujuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam surat rasmi, selalunya ungkapan ini ditulis iaitu ' Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk'. Pada saya ' adalah dirujuk' salah dari segi penggunaannya. memadailah jika ditulis' ... di atas dirujuk'. Minta pandangan tuan. Terima kasih.

Encik Wong,

Yang betul ialah 'perkara di atas dirujuk'. Penggunaan kata pemeri 'adalah' di hadapan kata kerja salah. 

Tatabahasa22.03.2010
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih.Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.Lain-lain09.10.2018
1) Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya. 2) Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk Ayat manakah yang betul di atas? Mohon nasihat ciri-ciri ayat yang betul. Terima kasih

Puan Haslina, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Jawapan yang betul ialah Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Terima kasih.

Tatabahasa06.07.2009
Penggunaan tatabahasa yang mana satu betul: Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk atau Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Namun yang  biasa digunakan  ialah Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Tatabahasa18.08.2010
Tatacara menulis surat rasmi. Mana yang lebih baik dan betul. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Kedua-duanya betul, 'Dengan hormatnya/Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk'.Tatabahasa13.02.2012
Mohon khidmat nasihat bagi permulaan surat yang sesuai. Dengan segala hormatnya perkara yang tersebut di atas dirujuk atau Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas dirujukPenggunaan yang betul dari segi tatabahasanya ialah "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk".Tatabahasa19.02.2020
Assalamualaikum. Jika dirujuk khidmat nasihat tentang ejaan atlet dan atlit, dikatakan bahawa ejaan atlet ialah ejaan yang tepat. Namun demikian, mengapakah ejaan atlit masih terakam di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 88) ? Benar ada anak panah yang mengkehendaki pembaca untuk merujuk atlet (atlit->atlet) di dalam kamus tetapi hal ini telah mengelirukan pembaca kerana selagi entri atlit wujud di dalam kamus, maka masyarakat beranggapan bahawa atlit ialah ejaan yang sah. Sekiranya atlit ialah ejaan yang salah, ada baiknya dipadam sahaja daripada Kamus Dewan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete. Tanda anak panah bererti lihat, iaitu lihat perkataan di hadapan. Walau bagaimanapun, kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan oleh tuan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

Ejaan11.12.2019
Apakah panduan berkaitan format surat rasmi yang boleh dirujuk? Adakah DBP mempunyai garis panduan berkaitan penulisan surat rasmi yang standard untuk sektor awam? Bahagian/Seksyen manakah yang boleh dirujuk sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan format surat rasmi? Sekian, terima kasih.

Saudara,

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain13.10.2010
Bolehkan permulaan surat rasmi dimulakan dengan perkataan..Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Contoh surat dilampirkan. Sekian terima kasih.Surat rasmi boleh dimulai dengan ayat "Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.  Tidak perlu kata pemeri "adalah" sebelum perkataan "dirujuk" seperti pada lampiran.Lain-lain20.11.2016
Selamat sejahtera..boleh pihak dbp terangkan tentang penggunaan 'perkara di atas adalah dirujuk'. Adakah penggunaan ini dalam ayat boleh diterima atau tidakAyat yang betul ialah "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk", tetapi lazimnya kita menggunakan ayat "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk".Lain-lain16.02.2018
12345678910...

Kembali ke atas