Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (regard as untrue) tdk mempercayai (sangat); (regard as unimportant or irrelevant) tdk mengambil kira: we should ~ much of what we read in the papers, kita seharusnya tdk mempercayai sangat kebanyakan apa yg kita baca dlm akhbar. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n diskaun, potongan harga: a ~ of 10%, potongan harga sebanyak 10%; ~ rate, kadar diskaun; at a ~, a. dgn /harga diskaun, potongan harga/: the goods were sold at a ~, barang-barang itu dijual dgn harga diskaun; b. (fig.) tdk dihargai: is courtesy at a ~ today?, adakah budi bahasa tdk dihargai lagi sekarang?; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata discount


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih.Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima.Tatabahasa18.11.2011
Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "pembelian stok perniagaan" diterima sebagai terjemahan untuk "floor stocking"? 2) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "diskaun blok" diterima sebagai terjemahan untuk "block discount"?Menurut rujukan kami, istilah "floor stocking" dalam bidang pentadbiran perniagaan dipadankan sebagai penstokan lantai.  Namun begitu, istilah bahasa Melayu "block discount" masih belum terdapat dalam daftar istilah kami. Kami akan berbincang tentang perkara ini. Setelah perbincangan selesai, jawapan akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan.Istilah12.04.2019
Do you provide the service for safety data sheet (SDS) translation? How is the charges? If we would like to translate in bulk, any discount?DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah@tm.net.my.Lain-lain30.09.2015

Kembali ke atas