| Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini? | Lihat Lampiran | Lain-lain | 15.05.2012 |
| Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson | 1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat. 3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan. 4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa. | Tatabahasa | 29.11.2017 |
| munsyi, menurut Tatabahasa Dewab edisi ketiga dikatakan dipersetujui dan diperakui tidak digunakan, namun saya medapat cari kedua-dua perkataan ini dalam kamus dewan edisi keempat, saya memang kekeliruan. Harapkan munsyi dapat terangkan .. TQ | Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Oleh itu, bentuk yang gramatis ialah diakui atau diperakukan dan disetujui. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
| Salam, ayat yang manakah betul? Beza masa di antara/antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam. | Kata sendi nama “antara” berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh didahului oleh kata sendi nama “di”, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan “dan”, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama “dengan”. Contoh ayat: - Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak
- Perbezaan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata.
- Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
- Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Cadangan jawapan: Beza masa antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam. | Tatabahasa | 12.07.2023 |